Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label topeng. Show all posts
Showing posts with label topeng. Show all posts

Monday, June 24, 2013

JEREBU... KENA PAKAI TOPENG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jerebu dah makin merebak ke utara. Sekarang saya berada di Slim River. Pagi tadi taklah teruk sangat. Tapi sebelah petang hingga malam, jerebu dah makin teruk.

Nasib baik dorang ada bagi topeng untuk tutup hidung dan mulut untuk elakkan sakit tekak dan asap disedut. Itu belum penyakit lain lagi yang boleh kita kena. Sekarang ini kena pakai topeng muka bila nak keluar rumah. Kecuali paru-paru korang memang jenis perokok tegar. Faham-faham sendirilah.

p/s : Rasa macam duduk Genting Highland bila tengok dari tingkap. Bila keluar je, bau asap sampai terbatuk-batuk.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 27, 2011

SEMUA ORANG PAKAI TOPENG...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak cerita skit pendapat saya. Pada pendapat saya, semua orang pakai topeng. Sifat sebenar kita, kita tak tunjukkan kecuali dalam keadaan tertentu. Antaranya, masa kita marah, kita susah nak kawal dan kita biasanya akan luahkan segala ketidakpuasan hati kita. Kadang-kadang, kaki dan tangan pun berterbangan di udara.

Masa kita mengantuk, kita tak mampu nak buat muka baik dan akhirnya muka evil kita pun keluar. Kita tak boleh mengawal emosi kita masa mengantuk sebab otak kita sedang tidur kecuali otak yang sentiasa aktif dan selalu mengigau (saya la tu..kantoi sudah..haha).

Masa kita mabuk (ini untuk orang bukan islam k? Orang Islam tak boleh mabuk), bila kita tengok orang mabuk ni, apa yang dia buat, dia takkan ingat dan setiap perkataan yang disebut adalah keluar dari hati dia sendiri. Masa ni kalau orang tu tak puas hati dan simpan dendam dengan orang lain, on the spot dia terus belasah je. Selepas itu, esoknya, dia tak ingat apa-apa ataupun kabur.

Kita pakai topeng sebab kita nak sembunyikan sifat evil kita. Cuba bayangkan semua orang tak pakai topeng.  Saya tak dapat bayangkan. Sesiapa boleh bayangkan tak? Ce cite pendapat korang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka