KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, December 10, 2013

BANJIR ... BUKAN PESTA AIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini kita tahu bahawa Negeri Pahang dilanda banjir yang paling teruk tahun ini. Siap ada gelombang pertama dan gelombang kedua lagi.  Di Facebook, pelbagai pandangan dan luahan dilemparkan kepada pelbagai pihak.  Tak kiralah pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.  Tapi, apa yang penting sekarang ini adalah tindakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa ini.

Masa saya kecil dulu, saya mengganggap banjir ini macam pesta air.  Banyak air di depan rumah dan boleh mandi-manda.  Dulu, rumah saya adalah rumah papan tingkat atas.  Macam rumah-rumah kampung lama.  Oleh itu, bila air naik, Alhamdulillah tak pernah naik sampai terkena lantai atas rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang mangsa banjir ini perlukan?  Saya bagi satu senario yang biasa iaitu mangsa banjir di satu pusat penempatan yang telah terkepung dengan air banjir.  Bantuan makanan tak sampai-sampai.  Bila ditanya, pusat tersebut tak ada dalam senarai.  Kalau kita jadi mangsa, ada ke masa kita nak tengok senarai pusat penempatan mangsa banjir?  Kita lebih fokus untuk pastikan anak bini kita selamat dan terus menuju ke tempat penempatan yang terdekat.

Akibat banjir ini, barangan di dalam rumah termasuklah kenderaan yang ada mesti akan rosak dan tak dipakai.  Bukan sikit tapi boleh capai berpuluh ribu.  Mungkin buat masa ini, mereka tak fikir semua perkara itu.  Mereka cuma fikir masa sekarang.  Anak-anak kelaparan.  Mereka sendiri kelaparan.  Bantuan yang sampai pun ada niat lain.  Lepas pemberita balik, terus habis bantuan tersebut.  Bantuan lebih kepada nak menunjuk-nunjuk saja.

Mungkin kita belum kena lagi macam mereka di sana kena.  Syukur, Alhamdulillah.  Jangan disebabkan berbeza fahaman politik, kita jadikan alasan untuk membiarkan mereka di sana kelaparan dan kesejukan.  Kalau tak dapat sumbang apa-apa pun, berdoalah untuk mereka.  Tak salah kalau kita berdoa dan mohon Allah selamatkan mereka.

Sama-sama kita berdoa supaya mangsa-mangsa banjir ini tabah dan dapat pulang ke rumah masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. tiap tahun mesti ad negeri tertentu akn banjir teruk dulu citer psl kelantna ganu je sekang, mana2 negeri boleh terkena semua x terkecuali, sok2 mana tau perak ka?, nogori ka?

    ReplyDelete