Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label teka. Show all posts
Showing posts with label teka. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

MENANG RM 43,000 +++!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah dengar Era.FM tak? Kalau pernah dengar, korang tahu tak tentang satu Segmen Teka Bunyi yang hadiah wang tunainya dah terkumpul dalam RM 43,000 +++?

Dalam 2 hari lepas saya dengar ulangan Segmen Teka Bunyi Era ini. Saya pun terfikir juga apa jawapan sebenarnya. Ramai yang teka tapi semua salah. Tapi pada pagi 2 hari lepas, ada orang dah dapat teka dengan tepat. Saya memang terkejut sangat sebab jawapannya itu saya selalu dengar dan tengok orang buat.

Tapi, saya sendiri tak sangka itulah jawapannya. Seorang lelaki bernama Yusni (Kalau tak silap saya la) dapat jawab dengan betul. Rupa-rupanya jawapannya Pembersih Lantai Elektrik (Yang Cleaner selalu guna untuk cuci lantai tu). Tahniah la kepada Yusni sebab berjaya membawa pulang sebanyak RM43,000 +++. Wow!

Bila difikirkan balik, memang susah gila nak tembus talian dorang. Bukan seorang atau dua orang yang call mungkin beratus-ratus dan mungkin juga beribu-ribu. Anyway, rezeki dia, kita gembira untuk dia.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 16, 2011

"DENGAN KUASA BULAN, AKAN MENGHUKUMMU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger.

Tiba-tiba terdetik ayat kat tajuk tu. Ia dari satu anime Jepun yang selalu diminati kaum perempuan suatu ketika dulu. Sekarang dah jarang dengar. Saya pun kadang-kadang tertengok gak (ye ke?. Hehe).

Saya pun tak berapa ingat sangat camne cerita dia. Cuma ingat ada 5 awek yang ada kuasa dan ada seekor kucing hitam yang ada lambang bulan sabit di dahi dgn juga seorang lelaki yang bertopeng da suka gigit bunga ros. Rasanyalah. Hehe.

Nak buat teka dan menang la. Sesiapa yang dapat teka dengan pantas dan tepat akan dipromote blognya selama 2 jam. Hehe.

Soalannya : Apa nama tajuk anime berkaitan dengan ayat tajuk kat atas?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka