Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sedar diri. Show all posts
Showing posts with label sedar diri. Show all posts

Monday, September 19, 2011

SEJAUH MANA PUN KITA PERGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah pada asal usul kita. Asal usul kitalah akan meletakkan kaki kita ke bumi dan mengelakkan kita bangga diri dan takbur.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah untuk pulang ke tempat asal kita. Tempat di mana kita masih ada orang yang menunggu kepulangan kita. Sentiasa menantikan kita dengan hati yang bimbang. Ibu bapa mana yang tak bimbangkan anak-anaknya yang merantau mencari pengalaman dan rezeki?

Harap kita semua tak lupa diri dan ingat jasa serta pengorbanan orang yang membesarkan kita. Sebab tanpa dorang, tiadalah kita di muka bumi Allah ini.

p/s : Hari ini nak balik Bagan Datoh sebab cuti dah habis.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

"SEDAR LA DIRI SIKIT"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk kat atas tu bukan orang cakap kat saya tapi saya cakap kat diri saya sendiri. Mungkin saya sekarang dah lupa diri sendiri. Mungkin saya ingat saya ni bagus sangat tapi saya tak la bagus mana. Saya ingat saya ni pandai sangat tapi tak la pandai mana. Saya ingat orang betul-betul suka kat saya tapi sebenarnya tak suka pun. Just nak jaga hati saya kot?

Saja buat entry ni untuk ni untuk ingatkan saya siapa sebenarnya diri saya. Saya ni bukan siapa-siapa pun. Orang lain tak pandang pun saya ni. Dalam dunia ciptaan Allah ni, saya ni cuma salah satu makhluk Allah yang kecil sangat-sangat-sangat. So, jangan duk fikir saya ni bagus sangat. Ilmu pun setakat sejemput kuman, tak payah la nak berangan sangat.

Sedarlah diri sikit. Saya ni bukan ada apa-apa pun. Pandang ke bawah. Jangan asyik mendongak ke langit je. Lebih baik merendah diri daripada meninggi diri. Tak guna otak ada tapi letak kat lutut. Saya, ingat tempat asal.

Tapi, saya syukur sangat-sangat sebab masih diberikan nyawa. Masih dibenarkan untuk melihat. Masih dibenarkan untuk mendengar dan sebagainya oleh Allah. So, saya bersyukur sangat-sangat.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 22, 2011

"WE ARE NOT PERFECT"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk English, tapi entry bahasa Melayu. Yang penting, rakan-rakan blogger yang sudi baca faham apa yang nak saya sampaikan. Kan? Kita tak sempurna atau dalam English, We are not perfect. Kena faham k? Perfect dengan prefect lain k? Perfect maksud sempurna dan Prefect tu maksudnya Pengawas. Dah jadi kelas bahasa plak ni. Hahaha...

Ok2. Tiada seorang pun manusia dalam dunia sekarang ini sempurna. Kita sentiasa buat salah dan terlepas pandang. Tapi, ketidaksempurnaan tu lah yang menjadikan kita ni menarik. Kita pasti cuba untuk buat terbaik walaupun kita sedar yang kita tak sempurna.

Tapi yang tak boleh tahan, yang fikir diri dia sempurna. Orang macam ni boleh dikategorikan orang yang sentiasa fikir dirinya hebat dan lebih baik daripada orang lain. Masa tu, sifat takbur dan riak mesti akan wujud. Saya sendiri pernah rasa macam ni. Nasib baik saya tersedar.

Memang kita tahu kita tak sempurna. Jadi, kita boleh berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada hari sebelumnya.  Kita kena terima ketidaksempurnaan diri kita dan orang lain. Barulah kita boleh hidup dengan harmoni. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka