Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kotak welcome note. Show all posts
Showing posts with label kotak welcome note. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

"KOTAK WELCOME NOTE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selama saya berblogwalking ni, saya dah jumpa macam-macam jenis blog. Macam-macam design saya pernah jumpa. Yang semestinya, semua blog yang saya jumpa tu lebih cantik dari blog picisan saya ni. Blog saya ni biasa-biasa je.

Cuma saya ni tak gemar dengan kotak welcome note. Korang tahu? Kotak yang selalu keluar bila kita masuk sesebuah blog. Kotak tu akan tulis :

"Welcome to my blog"

"Selamat datang ke blog saya"

"Jangan lupa follow dan komen ye?"

Bagi saya widget macam ni mengganggu. Sebab kalau saya nak komen satu entry tu, bila saya tekan post comment, loading satu page kemudian keluar welcome note tu, kemudian kena isi word verification dan tekan post comment lagi, loading satu page lagi kemudian keluar welcome note tu lagi.

Pendapat saya saja. Bukan nak jatuhkan mana-mana blogger ye? Teguran secara ikhlas.

Cuba kita letakkan diri kita dalam orang yang bila nak komen je dan tunggu loading je, kena klik kat welcome note box tu. Korang rasa seronok ke?

p/s : Nak tahu blog korang tu ada kotak welcome note tu tak, korang test masuk blog korang. Masuk blog korang macam korang orang luar. Masa tu korang akan nampak apa yang patut dibuang. Sori kalau ada sesape terasa. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka