Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Blogwalking dan comment entry merupakan lumrah blogger-blogger yang aktif. Saya ni sekejap aktif, sekejap tertidur. Biasalah. Hehehe. Bila kita blogwalking, kita berpeluang untuk kenal dengan lebih ramai blogger yang berada di Malaysia dan kadang-kadang luar negara. Lagipun, blogger yang berada di Malaysia pun dah cukup banyak dan tak semua blogger kita kenal. Saya pernah jumpa seorang blogger ni lama dah. Kemudian, masa saya kahwin awal bulan Mac tahun ni, rupa-rupanya blogger tersebut adalah kawan satu sekolah isteri saya. Memang sempoi.
Bila kita blogwalking, kita kadang-kadang nak tinggalkan jejak kita. Ada sesetengah blogger yang suka tinggalkan jejak di chat box dan ada yang suka komen entry terbaru. Macam saya, saya suka kedua-duanya. Tapi yang agak menyesakkan mata saya adalah saya terpaksa mengkey in word verification yang diminta semasa nak post comment.
Bagi saya, ini agak menyeksakan dan akan menjadi sangat menyeksakan apabila blog tersebut ada widget yang halang pandangan dan cursor saya untuk komen. Kadang-kadang, line internet yang lembab menyusahkan saya untuk menanti word yang nak diverified tu loading. Ada gak button comment pun tak kelihatan. Rupa-rupanya comel je button comment tu dan kadang-kadang color button comment sama dengan background blog.
Pendapat saya, kalau nak mudahkan pengunjung blog kita untuk senang komen entry kita, buang je word verfication. Baru meriah blog kita kan?
p/s : Tak ada niat nak hina mana-mana blog. Cuma luahan pendapat saya yang ada jumpa gak blog yang masih ada word verification ni. Kalau dorang tak buang, terpulanglah. Huhuhu.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

