Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label kehidupanku. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

"APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je lepas tengok satu video clip pendek yang dihasilkan oleh PETRONAS berkenaan Hari Deepavali. Video Clip ni 1 minit je. Menarik gak sebab buat saya terliur dengan Nasi kukus ayam dorang masak tu. Hehehe. Saya ni suka makan ayam. So, kalau ada ayam pun dah cukup bagi saya. Korang nak tengok gak? Klik link kat bawah ni:


Dah tengok dah? Kalau tak tengok lagi, korang tengoklah dulu ye? Baru terus baca entry ni.

"Apa yang diperlukan untuk menghasilkan kehidupan yang lebih baik?"

Panjangkan tajuk saya ni. Tak tahu macam mana nak pendekkan a.k.a malas nak pendekkan. Terkantoikan diri sendiri plak. Hehehe.

Pada pendapat saya, pemahaman kehidupan yang lebih baik ini berbeza mengikut pengalaman masing-masing. Bagi yang hidup susah, mungkin cukup bagi dorang ada sebuah rumah yang selesa dan makanan yang mencukupi. Bagi yang hidup sederhana, mungkin dorang nak kehidupan yang lebih mewah untuk diri sendiri dan keluarga dorang. Bagi yang dah hidup mewah pun, dorang pun ada gak keinginan untuk menjadi lebih mewah. Inilah sifat manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang dah ada.

Tapi, bagi saya, kehidupan yang lebih baik saya nak adalah kehidupan yang bahagia dan aman. Tak perlu mewah sangat dan sederhana pun bagi saya dah mencukupi. Tapi, ini adalah untuk kehidupan kita di dunia sahaja. Kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Kehidupan yang kekal abadi adalah di Akhirat.

Korang plak? Apa pendapat korang?

p/s : Suka tengok iklan PETRONAS. Dari dulu sampai sekarang, kreatif.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 17, 2011

SEGMEN DOMO MEGA : KEHIDUPAN DUNIAKU

Korang nak join, klik SINI.

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen Domo Mega.  Nak support blogger baru ni. Huhu..

Kisah Kehidupan Duniaku ... bermula ...

Nak tahu kisahnya? Dengarkanlah ceritaku ini ... Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7hb April 1984. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak Satu KL pada mulanya sebelum pulang ke kampung ibu saya.  Saya sambung Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap Pulau Pinang.  Saya belajar di sekolah menengah Penang Free School dari Form 1 sampai Form 6.  Selepas Form 6, saya kerja di kilang perabut selama lebih kurang setahun sebelum dapat sambung belajar di UiTM Seri Iskandar Perak.

Selepas tamat studi, saya dapat kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di Vads Contact Centre. Pada masa yang sama, saya bekerja part time di Golden Screen Cinemas di Queensbay Mall Penang.  Lepas tamat tempoh kontrak, saya ditawarkan jawatan Penolong Pengurus di Golden Screen Cinemas dan bekerja di Gurney Plaza Penang.  Selepas itu, saya ditukarkan di Cawangan GSC di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.

Selepas bekerja selama lebih kurang 1 tahun lebih dengan GSC, saya diterima sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Kerajaan.  Sekarang saya bekerja di cawangan kecil Bagan Datoh.  Nama Jabatan tak payah la saya ceritakan.  Saya gembira bekerja di sini.  

Sebenarnya kalau diikutkan, memang panjang lagi tapi setakat ini je la ek? huhu..

Beginilah cerita hidupku.

Saya tag 3 orang kat bawah ni:


Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka