Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, March 21, 2013

ESOK KEPUTUSAN SPM KELUAR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti ada di kalangan rakan-rakan blogger ini sedang berdebar-debar menanti hari esok untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing? Selepas SPM, ke mana hala tuju rakan-rakan blogger seterusnya? Terus memanjat ke Menara Gading? Apa saja keputusan korang, saya doakan yang terbaik buat korang.


Saya teringin untuk mengimbas kenangan saya semasa belajar di Tingkatan 5 dan masa mengambil keputusan SPM. Saya belajar di Penang Free School. Saya sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah. Saya terlibat dalam Kawad Kaki peringkat Sekolah hingga ke peringkat Daerah. Saya juga suka bermain bola keranjang atau Bahasa Inggerisnya, Basketball. Setiap petang mesti saya main.

So, bila masa saya akan belajar? Masa belajar saya biasanya tak tentu. Ikut suka saya. Saya suka belajar masa saya rasa nak belajar. Pada masa itu, saya fikir buat apa nak paksa diri kalau tak nak. Lagipun, saya suka online dan main game online di Cyber Cafe pada masa itu. Memang habis duit saya berkoyan-koyan. Kadang-kadang saya masih berada di Cyber Cafe pada Subuh keesokkan paginya.


Saya bukan budak nakal. Saya dikenali di kalangan cikgu-cikgu sebagai salah seorang pelajar yang baik. Depan cikgu baik, belakang cikgu saya agak nakal je. Hehehe. Memang masa saya belajar di Tingkatan 5 dulu, saya banyak main tapi ada juga masa saya fokus dalam kelas. Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan anugerah 'Cepat Belajar'.


Semasa bulan peperiksaan, saya semakin ligat 'lompat pagar' ataupun keluar asrama secara haram untuk ke Cyber Cafe. Memang saya tak nak fikir tentang peperiksaan. Dah sudah pasti, malam sebelum peperiksaan, saya akan pulun studi sebanyak mungkin sampai tak tidur malam pun ada. Ini adalah sikap buruk saya pada masa itu.

Kemudian, selepas habis peperiksaan SPM, sementara menanti keputusan keluar, saya bekerja dengan bapa saudara saya. Dari duduk rumah tak buat apa-apa, baik saya cari duit poket sikit. Saya kerja dari tengah hari hingga tengah malam. Saya ikut bapa saudara berniaga kuih, jeruk buah, air dan makanan ringan.


Apabila keputusan SPM keluar, harapan saya taklah setinggi mana. Dan bila saya lihat slip tersebut, syukur sebab keputusan saya taklah teruk sangat walaupun tiada langsung A dan F. Tapi, pada masa itu saya tak tahu ke mana hala tuju saya dan saya ambil keputusan untuk sambung belajar di Tingkatan 6.


Saya cuma harap adik-adik yang akan ambil keputusan SPM esok tahu ke mana hala tuju adik-adik. Jangan jadi macam saya. Saya dah bazirkan beberapa tahun sebab saya masuk Tingkatan 6. Tingkatan 6 bukan tahap yang senang. Memang saya akui sangat susah padahal pada masa itu saya berazam untuk belajar betul-betul tapi ....

p/s : Adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas dapat keputusan SPM ini, saya cadangkan jumpalah Kaunselor untuk minta pandangan. Dan kalau nak teruskan, pilihlah program yang kita minat. Sebab bila kita minat, senang faham bila belajar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. semua berdebar2 kot.. he2..

    sone follow sini.. hope dpt follow teman balik yea.. he2.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/segmen-my-cute-pets-by-affy-and-angiela.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah buat yg berjaya....

    ReplyDelete