Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label nakal. Show all posts
Showing posts with label nakal. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

ESOK KEPUTUSAN SPM KELUAR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti ada di kalangan rakan-rakan blogger ini sedang berdebar-debar menanti hari esok untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing? Selepas SPM, ke mana hala tuju rakan-rakan blogger seterusnya? Terus memanjat ke Menara Gading? Apa saja keputusan korang, saya doakan yang terbaik buat korang.


Saya teringin untuk mengimbas kenangan saya semasa belajar di Tingkatan 5 dan masa mengambil keputusan SPM. Saya belajar di Penang Free School. Saya sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah. Saya terlibat dalam Kawad Kaki peringkat Sekolah hingga ke peringkat Daerah. Saya juga suka bermain bola keranjang atau Bahasa Inggerisnya, Basketball. Setiap petang mesti saya main.

So, bila masa saya akan belajar? Masa belajar saya biasanya tak tentu. Ikut suka saya. Saya suka belajar masa saya rasa nak belajar. Pada masa itu, saya fikir buat apa nak paksa diri kalau tak nak. Lagipun, saya suka online dan main game online di Cyber Cafe pada masa itu. Memang habis duit saya berkoyan-koyan. Kadang-kadang saya masih berada di Cyber Cafe pada Subuh keesokkan paginya.


Saya bukan budak nakal. Saya dikenali di kalangan cikgu-cikgu sebagai salah seorang pelajar yang baik. Depan cikgu baik, belakang cikgu saya agak nakal je. Hehehe. Memang masa saya belajar di Tingkatan 5 dulu, saya banyak main tapi ada juga masa saya fokus dalam kelas. Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan anugerah 'Cepat Belajar'.


Semasa bulan peperiksaan, saya semakin ligat 'lompat pagar' ataupun keluar asrama secara haram untuk ke Cyber Cafe. Memang saya tak nak fikir tentang peperiksaan. Dah sudah pasti, malam sebelum peperiksaan, saya akan pulun studi sebanyak mungkin sampai tak tidur malam pun ada. Ini adalah sikap buruk saya pada masa itu.

Kemudian, selepas habis peperiksaan SPM, sementara menanti keputusan keluar, saya bekerja dengan bapa saudara saya. Dari duduk rumah tak buat apa-apa, baik saya cari duit poket sikit. Saya kerja dari tengah hari hingga tengah malam. Saya ikut bapa saudara berniaga kuih, jeruk buah, air dan makanan ringan.


Apabila keputusan SPM keluar, harapan saya taklah setinggi mana. Dan bila saya lihat slip tersebut, syukur sebab keputusan saya taklah teruk sangat walaupun tiada langsung A dan F. Tapi, pada masa itu saya tak tahu ke mana hala tuju saya dan saya ambil keputusan untuk sambung belajar di Tingkatan 6.


Saya cuma harap adik-adik yang akan ambil keputusan SPM esok tahu ke mana hala tuju adik-adik. Jangan jadi macam saya. Saya dah bazirkan beberapa tahun sebab saya masuk Tingkatan 6. Tingkatan 6 bukan tahap yang senang. Memang saya akui sangat susah padahal pada masa itu saya berazam untuk belajar betul-betul tapi ....

p/s : Adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas dapat keputusan SPM ini, saya cadangkan jumpalah Kaunselor untuk minta pandangan. Dan kalau nak teruskan, pilihlah program yang kita minat. Sebab bila kita minat, senang faham bila belajar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 13, 2013

KUDAPAN TENGAH MALAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Inilah kudapan saya di tengah malam masa tinggal di asrama sekolah menengah di Penang Free School suatu ketika dulu. Saya dan kawan-kawan akan beli setakat perlu untuk disimpan di dalam locker kami.

Bila tiba tengah malam, masa tengah ulangkaji pelajaran, mesti kami akan rasa lapar. Oleh itu, inilah kudapan tengah malam kami. Nak keluar dari asrama dah tak boleh sebab pagar dah berkunci. Tapi, bila dah jadi senior, bila rasa lapar, terus curi keluar dan makan kat luar. Ada masa saya terkantoi. Hehehe.

Tapi, dulu harga satu bungkus roti ini baru 50 sen. Selepas saya perasan dah naik ke 60 sen dan sekarang harganya dah 70 sen sebungkus. Tak mustahil masa depan harga roti ini akan naik sehingga RM1.00 atau RM2.00 sebungkus. Makin mahal nampaknya. Cuma saiz rotinya masih sama dan mungkin juga makin kecil.

Anyway, bila terpandang roti ini, terkenang saya zaman nakal saya di sekolah menengah dulu dengan kawan-kawan. Korang pula bila terpandang roti ini, ada terkenangkan apa-apa tak? Ce share sikit. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 26, 2012

"KICK ME PLEASE!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terkenang saya masa zaman saya belajar di sekolah menengah dulu. Kami tulis ayat "Kick Me Please" atau ayat-ayat untuk mengenakan orang, pastu lekatkan dengan salotep.


Kemudian kami pura-pura tepuk belakang kawan yang kami kenakan dengan kertas kami tulis "Kick Me Please!" tadi. Kertas tu akan melekat kat belakang baju kawan kami tu. Hehehe. Nakal kan saya dulu?


Pastu, kami akan biarkan dan perhatikan dia. Nanti tiba-tiba ada orang tendang atau kick dia, dia akan terkejut pastu akan tanya,


"Awat hang tendang aku?"


"La... Hang suruh tendang"


"bila masa plak?"


"Tu kat kertas belakang hang tu"


Dia pun raba-raba belakang dia dan terpegang kertas yang kami lekatkan kat belakang dia tadi. Kami semua gelak sakan tengok dia terkejut. Hehehe.


Korang pernah perkenakan orang macam ni tak?


p/s : Kenangan nakal zaman sekolah menengah. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 9, 2011

"MAKIN KURANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya baru lepas Solat Jumaat tadi. Kebiasaannya ruang solat sebelah dalam penuh dan sesiapa yang terlambat macam saya, mesti duduk di luar. Tapi hari ni ruang solat sebelah dalam pun tak penuh. Agak terkejut gak.


Saya terkenang semasa saya belajar di Penang Free School dulu. Kami Solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Masa saya junior, memang ikut peraturan. Bila saya dah senior, memang nakal. Saya akan menyorok dalam almari tak nak pergi Solat Jumaat. Tak pun, saya dan kawan-kawan berjalan ke masjid sebab warden pantau. Lepas warden hilang dari pandangan, kami sanggup patah balik tidur dalam bilik.


Nakal betul saya kan? Hehehe. Korang ada nakal macam saya ni? Kongsilah.


p/s : Memang nakal pun saya masa belajar di Penang Free School dulu. Tapi saya berlakon baik depan warden dan cikgu. Sampai jadi student kesayangan PK HEM dan cikgu disiplin. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 12, 2011

SUATU HARI JUMAAT DAHULU....


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger.

Alhamdulillah. Baru lepas Solat Jumaat. Saya bersyukur sebab masih lagi bernafas untuk menunaikan Solat Jumaat untuk kesekian kalinya. Masa duduk menanti khatib membaca khutbah, saya nampak ramai pelajar berpakaian lengkap dengqn sampin. Teringat saya pada diri saya masa belajar di Penang Free School dulu.

Masa tu, kami dikehendaki memakai baju melayu warna putih dan bersampin biru. Ada lambang Penang Free School kat sampin tu. Kalau korang nak tengok lambang sekolah saya, korang google je. Mesti ada. Masa sekolah dulu saya selalu skip Solat Jumaat. Ikut kawan. Bukan salah kawan saya tapi salah diri sendiri. Kenapa nak ikut kawan kan? Hehe.

Masa tu kami akan pergi beramai-ramai jalan kaki ke Masjid Negeri Pulau Pinang. Sekolah saya memang dekat dengan Masjid Negeri. Taktik nak skip ialah kami beratur masa warden buat spot check. Bila warden dah pergi, kami pun dengan pantasnya masuk dorm balik. Hehe.

Nakal kan masa tu? Korang bayangkan dah lengkap bersampin tapi sanggup masuk dorm buka semua balik. Nakal yang amat. Hahaha. Korang jangan plak buat tau?

Lupa lak bagitau, masa tu saya duduk asrama dari Form 1 sampai Upper 6. 7 tahun duduk asrama. Korang ada nak kongsi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka