KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, March 10, 2013

"CHILD ON BOARD"




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya, selepas hampir beberapa mencari sticker yang sesuai, saya terjumpa sticker ini di satu kedai buku di Hutan Melintang dengan harga yang murah. Dan paling bestnya, mungkin rezeki Mayeesa sebab ini adalah yang terakhir saja.


Sebelum ini ada juga saya tengok di Giant, Tesco, Billion dan Jusco sticker-sticker macam ini tapi design lain sikitlah. Dan sudah semestinya harga memang mahal. Tak terasa saya nak beli masa itu.

Sticker ini adalah untuk memberitahu kereta belakang dan di sekeliling kita bahawa dalam kita ada bawa kanak-kanak dan minta jangan pandu kereta macam orang tak waras. Saya faham mungkin dorang sakit perut dan nak memerut keluar hasil perut tersebut tapi tak menyempat. Tapi, janganlah melibatkan orang lain.

Tetapi, pemandu di Malaysia ini kebanyakkannya bukan ambil tahu pun hal-hal macam ini. Letaklah tanda sebesar mana pun, kalau dorang tak nak ambil tahu, dorang tetap tak nampak tanda tu. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. Pernah tak jumpa orang tampal sticker "baby on board' dan seumpama dengannya tapi dia sorang-sorang je ada dalam kereta. Saya banyak jumpa masa pergi-balik kerja. Paling tak suka bila tampal sticker macam ni tapi drive macam orang gila, yang ni pun saya banyak jumpa. Sebenarnya sticker ni untuk kecemasan, kalau kemalangan ke, kereta rosak ke, jadi orang tahu yang dalam kereta tu ada budak kecil, jadi lebih berhati-hati lah sikit, maklumlah dalam keadaan kecemasan macam tu kalau ada budak dalam kereta bahaya meningkat berkali ganda.

    ReplyDelete