Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Ramai dah rakan-rakan sekolah dan seuniversiti dan sepejabat saya kawin. Siap dah ada anak lagi. Yang pasti, ramai gak yang tanya kenapa saya tak kawin lagi. Jawapan standard saya:
"Tak cukup lagi duit ni"
Jawapan standard saya. Padahal, belum jumpa calon yang sesuai pun. Hehehe. Dorang dengan selamba badak sumbu yang tengah berendam pun menjawab:
"Ala... Buat personal loan je"
Terdiam gak la saya. Kira kena cantas la ni. Hehehe. Tapi, takkanlah nak kawin pun kena buat loan? Saya tak kata buat loan tu salah pun. Cuma, rasanya perlu ada perancangan rapi sebab kalau tersilap langkah, sampai tua pun tak habis bayar. Memang majlis perkahwinan tu gilang gemilang sampai beriban-riban orang datang. Tapi, lepas je majlis, sibuk mengira hutang la plak kan?
Bagi saya, majlis yang kecil dan biasa-biasa je pun dah ok. Dalam Islam sendiri menuntut kita untuk bersederhana. Memang kawin itu sekali seumur hidup (biasanyalah). Tapi, majlis yang diadakan hanya untuk memaklumkan bahawa kita ni sudah sah menjadi suami dan isteri.
Bagi penjawat awam, memang terlalu senang nak buat loan. Dan saya akui, memang kuat betul dugaan dan godaan loan ni. Kena bertahan supaya tak terjerumus ke lembah hutang yang melampau.
Ini cuma pendapat saya je. Sebab saya perhatikan orang lain dan macam mana kehidupan dorang lepas itu. Korang ada pengalaman nak share untuk kami yang belum kawin lagi tak? Boleh dijadikan panduan. Hehehe.
p/s : Emak saya duk tanya saya dah. Mana calonnya? Jawapan saya, "Nantilah Mak". Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka