Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

LETIH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terasa agak letih sebab siang dan malam kerja. Siang kerja hakiki di pejabat dan malam pula kena buat rondaan 1 Malaysia. Rumah tu macam tempat bersinggah sekejap je. Huhuhu.


Tapi, mungkin ada hikmahnya berlaku semua ni. Allah nak uji hambanya dan nak hambanya bersyukur dengan segala pemberian-Nya.


Melalui Rondaan 1 Malaysia ni, saya berjaya kenal ramai kakitangan dari RELA, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Dadah Kebangsaan dan Polis. So, tak ada ruginya. Cuma letih sikit la. Huhuhu.


Kesian tak kat saya? Kalau kesian, belanja saya minum Cool Blog. Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 9, 2011

KATA-KATA HIKMAH : "WINNING"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share kata-kata hikmah lagi. Hehehe.


p/s : Menang tak semestinya berada di tempat pertama tapi menang bermaksud kita berjaya buat lebih baik daripada sebelum ini. Saya setuju sangat-sangat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

KATA-KATA HIKMAH : "PROBLEM AND WRONG PATH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share sikit kata-kata hikmah di pagi yang sejuk baru lepas hujan ni.


p/s : Bila kita hadapi masalah, kita akan cuba selesaikannya. Bila kita berjaya selesaikannya, kita akan bertambah pengetahuan apabila masalah yang sama datang lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 27, 2011

"SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Cuma lambat atau cepat kita sedar je. Kan? Bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, mula-mula kita akan rasa sedih dan frust sangat-sangat. Kita mula rasa hilang keyakinan diri dan rasa nak mati je. Hahaha... Luahan daripada pengalaman sendiri.

Tapi bila masa berlalu, kita tanpa disedari akan pulih daripada perkara itu. Cuma mungkin setiap orang ambil masa yang berbeza je. Lambat atau cepat. Ada yang cepat dan ada yang ambil masa bertahun-tahun. Ada gak yang tak pulih terus.

Tapi kita kena percaya apa yang berlaku pada kita ada hikmahnya. Mungkin nak mengajar kita tentang sesuatu. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita ataupun kita dah ditakdirkan untuk sesuatu lain. Yang penting, kita sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Saya pun ada gak terbabas tentang hal ni. Hehehe... Just pengkongsian dengan rakan-rakan blogger semua. Kalau ada pendapat lain atau nak tambah apa, kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka