KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, April 29, 2013

SEMAKIN DEKAT, SEMAKIN HANGAT...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada lebih kurang seminggu lagi kita akan mengundi. Kepada yang layak, pergilah mengundi. Kepada yang belum layak a.k.a belum cukup umur, nilai dan kaji setiap parti yang berkempen. Undi kita adalah hak kita. 

Saya terima risalah kempen dari kedua-dua belah parti yang mengajak saya mengundi parti masing-masing. Saya memang sayangkan Malaysia. Pilihan harus dibuat tetapi parti yang mana satu yang akan saya pangkah? Undi adalah RAHSIA. Saya tahu apa yang saya nak pangkah.

Mungkin kita sepatutnya tengok parti yang bertanding dan kita kena sokong apa saja pilihan parti tersebut. Tetapi, perlu diingat juga, calon yang diletakkan di tempat kita pun perlu diperhatikan. Kita kena tengok reputasi calon tersebut, apa yang telah dia buat untuk penggal sebelum ini kecuali calon muka baru. Tapi kalau sebelum ini pun dia tak buat apa-apa dan sekarang baru nak tunjuk muka sambil meraih undi, rasanya calon macam ini selepas PRU mesti hilang dan susah nak tolong rakyat.

Kuasa untuk memilih di tangan rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat haruslah bekerja untuk rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat kenalah berusaha untuk tidak membebankan rakyat. 

Setiap undi yang dibuang sangat BERHARGA. Parti mana pilihan kita? Kita saja yang tahu. Mengundi dengan bijak. Kita yang memilih siapa pemimpin kita.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. tak sabar remy nak blk kampung pi mengundi.......

    ReplyDelete
  2. first time mengundi..tak sabar...
    Undi rahsia.

    ReplyDelete
  3. alamak.. kite belom daftar mengundi. hehehe

    ReplyDelete
  4. http://Sumijelly.com

    Emmm. .biarla cepat pilihanraya ni..sesak napas tgk bandera kiri kanan...

    Dan x sabar nak g mengundi. .sepatutnya kali ke 3.. tp ada sekali x pergi..jadi ini kalilah nak pergi juga...hik3

    Selamat mengundi semua....










    ReplyDelete