KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 30, 2013

SAYA DIPERGUNAKAN...

Dicedok dari Sinar Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini heboh tentang sikap 'kurang ajar' Zain Saidin, kekasih hati Rozita Che Wan dengan para juri dalam Program Realiti MasterChef Selebriti 2. Memang saya tengok episod tersebut tapi ulangan la. Pada masa itu, Chef telah mendekati Zain dan cuba memberi nasihat kepada Zain tetapi Zain tak mahu dengar. Dia asyik menumpukan perhatian kepada kawan-kawan yang berada di atas dalam menyediakan Pan Cakenya.

"Kawan-kawan di atas itulah yang membantu saya sehingga tahap ini"

Betul apa yang Zain cakapkan itu. Tapi, Zain kenalah dengar cakap Chef yang juga selaku juri dalam rancangan realiti tu. Tapi, setelah ditempelak mengenai "The Worse Pan Cake I Ever Taste" oleh salah seorang Chef, Zain pun mula 'mengamuk' dengan mengatakan juri tidak adil dalam memilih pemenang dan mempertikaikan kemenangan Pak Nil.

Dicedok dari Sinar Harian juga

Zain mengatakan dia "Dipergunakan" dan pihak Astro banyak mengedit dan ada yang tidak dipertontonkan. Tapi, harus faham, bila kita di rumah orang, kita mana boleh buat macam itu. Lagipun, Chef tersebut adalah Chef yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang masakan. Mestilah Chef tersebut ada ego. Kalau kitalah jadi Chef tersebut, Zain mula bercakap tanpa rasa hormat kepada kita. Kita takkan terasa apa-apa ke? Nak berdiri di situ sambil senyum saja? Kita mesti akan bidas balik sebab kita pun ada reputasi.

Dicedok dari Sinar Harian lagi

Saya memang dulu respek dengan Zain ini. Sebab kebolehan dia bertutur Bahasa Inggeris dalam Oh My English! bagus. Tapi, bila dia mula tunjukkan sikap tak hormat orang yang lebih tua daripada dia, hilang terus rasa hormat saya pada dia. Walaupun kita rasa tidak adil macam mana pun, kita masih kena hormat sebab Chef lebih lama dalam bidang dia berbanding diri kita sendiri.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Cuma ingatan saya kepada Zain, jangan tunggu raya nak minta maaf sebab takut nanti tak sempat je. Hehehe.

Sumber : Sinar Harian

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. agak la... kalau dengan orang yang lebih berilmu dan berpengalaman kenalah rendahkan diri kan?

    btw, kelakar bila dia cakap nak mintak maaf time hari raya... hahahaha

    ReplyDelete
  2. jiwa muda..... mcm tu lah...cepat sangat dia nak melenting...padahal..... teguran tu boleh dijadikan pemangkin semangat utk next step....

    ReplyDelete