KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, April 25, 2013

PASPORT MALAYSIA SIAP 1 JAM ...


Gambar Pasport Saya dan Keluarga yang dah siap

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu lepas hari Jumaat, saya bawa diri sendiri, isteri, Mayeesa, emak dan adik saya ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya Pulau Pinang untuk buat Pasport Malaysia. Memang ini kali pertama saya dan keluarga nak buat pasport. Saya rancang untuk bawa keluarga saya melancong ke luar negara. So, kalau nak melancong ke luar negara kenalah ada pasport kan?

Nak buat pasport ini senang dan cepat je sekarang ini. Itupun kalau semua gambar dan dokumen yang diminta dibawa dan lengkap. Kalau tak, kenalah kita ulang alik ke kedai gambar untuk ambil gambar berukuran pasport baru disebabkan tak ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen. Macam saya buat hari itu, memang cepat sebab sebab dokumen telah saya sediakan dan cuma tunggu 1 jam untuk ambil pasport selepas buat bayaran.

Kalau korang pun nak buat pasport, korang kena sediakan dokumen-dokumen di bawah :

Dewasa :
1. 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru (Muka kena nampak penuh)
2. Mykad Asal dan Salinan (1 Keping)
3. Bayaran (RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun)

*Bagi warga emas, bayaran untuk 2 tahun adalah RM80 dan untuk 5 tahun adalah Rm150.

Kanak-Kanak (Berumur 12 tahun ke bawah) :
1. 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru (Muka kena nampak penuh)
2. Sijil Kelahiran Asal dan Salinan (1 Keping)
3. Bayaran (RM80 untuk 2 tahun dan RM150 untuk 5 tahun)

Ada juga orang yang untuk mendapat bayaran separuh harga bagi pasport 5 tahun iaitu sebanyak RM150. Orang yang layak adalah remaja yang belum mencapai umur 21 tahun yang sedang belajar di luar negara ataupun yang dapat menunjukkan bukti mendapat tawaran belajar di luar negara.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar diberikan pengecualian bayaran dengan syarat berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Sekarang ini nak pasport Malaysia memang senang dan cepat tetapi kenalah pasti dokumen yang diminta lengkap. Saya ada juga keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan 2 orang anak. Mereka ini beratur di belakang kami semasa nak ambil nombor giliran. Saya adalah bersembang sikit-sikit dengan si bapa. Kemudian, selepas saya ambil pasport Malaysia yang dah siap dan bergerak keluar menghampiri pintu pagar besar pejabat Imigresen, saya ternampak keluarga yang beratur belakang kami pun baru nak keluar. Saya pun dengan ramahnya bersembang dengan dia.

Saya : Macam mana? Dah siap pasport?

Si Bapa : Belum lagi. Ada problem dengan gambar plak. Kena ambil balik.

Saya : La... Ambil kat mana tadi?

Si Bapa : Gambar dah lama ambil. Ingatkan boleh pakai lagi.

Saya : Saya pun ambil gambar dekat kedai gambar sana. Senang kalau ada problem apa-apa dengan gambar yang dorang ambil, saya boleh terus pergi kedai dorang.

Si Bapa : Yelah. Takpelah.

Saya : Bila siap pasport?

Si Bapa : Petang nanti baru. Kena tunggu 1 jam ni. Bawa dorang ni pergi mana-mana dulu.

Saya : Orait. Saya balik dulu. Assalamualaikum.

Si Bapa : Ok. Waalaikummussalam.

Dorang kena ambil gambar baru kalau pihak imigresen tak terima gambar pasport yang dorang bagi. Kesian kat dorang. Tapi, takpelah, pengajaran untuk masa akan datang. Kan? Hehehe.

Mesti korang nak tanya, Nasz buat pasport Malaysia ni nak pergi mana-mana ke?

Hehehe. Memang nak pergi mana-mana tapi nanti saya update dalam post berikutnya ye?

p/s : Excited dapat buat Pasport. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. insyaAllah.. sy akan buat pasport jugak tahun depan.. utk ke India, Pakistan dan Bangladesh.. doakan sy abg Nasz

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bleh. hehehe. kena support diri sendiri la.hehehe.

      Delete
  3. nasz...nak pi mana tu ???? best nyer...pi oversea lagi....semoga selamat pergi dan kembali......

    ReplyDelete