Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, March 12, 2013

SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA TAK PRIHATIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua hari lepas saya ada kenduri berdekatan dengan area Bandar Tun Abdul Razak. Rumah saudara sebelah isteri saya. So, habis saja kenduri tersebut, kami singgah ke rumah abang ipar saya di Bandar Tun Abdul Razak untuk rehat-rehat. Kemudian, wife saya pun ajak saya bermalam di sana. Saya memang tak kisah pun.

Kemudian, esoknya, wife saya ajak saya naik LRT dengan Mayeesa dan seorang anak saudara kami yang rapat dengan kami. Saya layan je. Lagipun, stesen LRT dengan rumah abang ipar saya tu agak dekat juga. Cuma perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit je. Memang dekat. Lagipun, niat wife saya nak bawa anak saudara kami tu, Hafiy untuk naik LRT sebab dia belum pernah naik LRT.

Saya dan wife saya bergilir-gilir dukung Mayeesa sebab Mayeesa sekarang ini dah makin berat. Lenguh juga tangan kami nak dukung dia selalu. Sambil tu tak dilupakan kepada Hafiy. Memang nampak happy gila Hafiy masa tu sebab dapat jalan-jalan.

Kami bayar di mesin automatik dan dapat token. Kemudian, naik tangga ke platform untuk tunggu LRT sampai. LRT sampai, kerusi penuh tapi orang taklah ramai sangat. Saya dan wife saya pun tak kisah sangat pun. Tapi, tiba-tiba ada seorang perempuan bangun dan panggil wife saya duduk. Saya memang tak sangka sebab saya dah lama sangat tak naik LRT ini. Biasalah, di Bagan Datoh mana nak ada LRT kan? Mungkin masa depan nanti ada?

Lepas itu, seorang lelaki yang duduk sebelah dia pun bangun suruh saya duduk. Pada masa itu, saya tengah dukung Mayeesa yang tengah lena tidur. Memang lena betul Mayeesa tidur masa tu. Tak tahulah kenapa. Hahaha.

Kami pergi ke Sogo. Saja jalan-jalan sambil shopping barang Mayeesa sikit. Kemudian, perkara yang sama berlaku semasa kami naik LRT untuk balik. Mesti ada orang akan bangun dan bagi tempat duduk dorang kat kami. Rakyat Malaysia ini memang sangat prihatin dan bertimbang rasa. Tak macam yang diperkatakan.

Teruskan sikap sebegini. Teruskan sikap tak penting diri sendiri sebegini. Pemikiran rakyat kita dah makin maju dan prihatin terhadap orang lain. Memang terbaik!

Kepada saudara dan saudari yang sudi memberikan tempat duduk korang kepada kami, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. kalau dulu, mungkin orang tak terasa sangat nak prihatin...tapi sekarang, rakyat malaysia dah ada nilai2 murni itu...semoga lebih ramai yang boleh bersikap sebegitu :)

    ReplyDelete
  2. Hmm orang lama ... dididik dengan betul, maka akan betullah segala tindakan ... orang zaman sekrang ni je yang konon hebat.

    ReplyDelete