Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, March 6, 2011

REVIEW MOVIE UNDERDOG SOLDIER


Salam sejatera semua kawan-kawan.

Baca tajuk movie pun macam dah gempak kan? Underdog Soldier.

Tadi petang aku tak tau ape nak buat dan boring duk umah, aku kuar ke Big Cinemas Teluk Intan nak tengok wayang.  Masa aku sampai depan kaunter jual tiket dah dekat pukul 5 petang.  Movie yang ada masa tu movie Underdog Soldier ni.  Aku tengok poster dia macam gempak je.  Lagipun awek-awek dalam movie comey. Hehe.. Aku terus beli tiket dan menunggu nak masuk la.

Pas aku duduk, ada la satu couple depan aku sedang "bersenda gurau".  Aku layan mata tengok je la.  Huhu... Pastu movie pun start.

Movie ni start dengan kehidupan satu kampung nama Wirrawee di salah satu tempat kat Australia.  Kehidupan yang biasa dilalui oleh keluarga kat Australia la.  Menternak, bercucuk tanam dan berniaga la.  Satu group bebudak ni plan nak buat camping jauh dari kampung dorang.  Tujuh orang semuanya g la camping kat tempat yang orang pun tak tau kewujudannya.

Mesti korang dah suspen kan? haha...

Actually, kat tempat camping tu takde ape yang terjadi.  Tapi, masa dorang balik ke kampung dorang, dorang tengok semua orang termasuk keluarga dorang dah takde.

Apa dah jadi?

Rupanya kampung dorang telah ditawan oleh pemberontak dan digunakan untuk mengangkut kelengkapan tentera dan tentera untuk menakhluk Australia.  Ada satu-satunya jambatan yang menghubungkan kampung dorang dengan perlabuhan yang pemberontak turunkan kelengkapan tentera dan tentera dorang.

Apa dorang buat?...Nak tau ke?...

Dorang drive lori minyak dan parking bawah jambatan.  Pastu dorang letupkan.  Seluruh batalion pemberontak memburu dorang dan dorang tentang la balik.

Nak tau endingnya?

Endingnya memang simple sangat.  Dorang dapat senjata sorang satu dan menuju ke perlabuhan.  Pastu, habis.  Dorang dikatakan akan terus berjuang untuk membebaskan keluarga dan kampung dorang.

Macam tu je endingnya?

Yup...macam tu je ending dia.  Aku ingat ada lagi.  So, aku duduk je dan tak bangun untuk keluar.  Staf wayang tu dah buka pintu menunjukkan movie ni dah habis.  Huhu..

Kecewa aku dengan movie ni..huhu..Aku bagi 2 bintang je la...Banyak bercakap daripada aksi. Tak kena dengan tajuknya langsung.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. Macam stok aje.. bile laa leh gi tgk plak..

    jemput baca post entry ni plak:
    OAT UNTUK KESIHATAN JANTUNG ANDA

    ReplyDelete
  2. Masrom : boleh tahan je..huhu..

    ReplyDelete
  3. huhu Naszzzzz..

    tengok cete ni kat movie ke..? alolo siannye.. heh nasib baik singgah sini..

    ReplyDelete
  4. Astina : hehe..yup..tengok kat wayang..tak de keje, g buang masa kat wayang..haha..

    ReplyDelete
  5. ku hanya seorang insan : hehe..nasib baik awak ye?

    ReplyDelete