KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, March 9, 2011

NEVER SAY GIVE UP!!


Salam sejahtera semua kawan-kawan blogger semua.

Entry kali ni aku nak seru diri aku sendiri dan kawan-kawan blogger semua untuk set kan dalam otak kita semua untuk jangan sesekali fikir atau cakap "GIVE UP".  Apa yang kita fikirkan itulah yang akan menjadi kenyataan.  Antara semua anggota badan kita, yang paling penting adalah otak kita.  Kalau kita fikir atau cakap diri kita bodoh, maka bodoh lah kita.

Aku bukan la bagus sangat.  Kadang-kadang aku pun terbabas juga.  huhu. sebab tu la dalam awal entry ni aku sebut sekali diri aku.  Aku faham kita semua manusia biasa.  Ada emosi, perasaan dan perangai.  So, sama-samalah kita saling ingat mengingati. Huhu...

Otak kita terdiri daripada minda sedar dan separa sedar.  Minda sedar ni adalah apa yang kita fikir kita nak buat dan kita buat.  Minda separa sedar ni mengawal perkara yang kita tak kawal.  Antaranya, degupan jantung, kerdipan mata, bernafas dan lain-lain.  Bayangkan kalau tiada minda separa sedar, teruk kita nak kawal segala yang berlaku di dalam badan kita.  Minda separa sedar ni merekod setiap apa yang berlaku dalam hidup kita sejak kita berada kandungan ibu kita sampai sekarang.  Korang ingat tak apa yang berlaku masa berada dalam perut ibu kita? Tak kan? Tapi, minda separa sedar kita merekod semua itu.

Kenapa aku beria-ia cerita tentang minda separa sedar ni ek?  Mesti korang heran.

Sebenarnya apa yang kita fikir dan cakap setiap hari, benda tu akan direkod dalam minda separa sedar kita.  Contohnya dalam 1000 hari, kita fikir kita ni tak cantik, so, apa yang kita fikirkan itu akan jadi realiti kita.  So, bila orang bercinta asyik cakap nak break up, akhirnya dorang akan break up sebab dorang dah set dalam minda separa sedar dorang perkara tu.

Ini cuma pendapat aku melalui buku yang aku baca la. Huhu.. So, cakap fikir atau cakap nak GIVE UP or perkara negatif lain.  Fikir la aku cantik ke, aku handsome ke, aku pandai ke dan perkara yang boleh set kan minda separa sedar kita untuk jadi kenyataan.

Korang ada pendapat lain?  Luahkan je.  Saya sudi mendengar. Huhu...

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. aha ~ betol2 .. tp x ke name nyer prasan kalau ckp kite ni cantik~

    ReplyDelete
  2. minda separa sedar tu ok lagi.. ade minda tak sedar2.. parohhh dohh..

    never say never..

    ReplyDelete
  3. yg penting niat kita itu yg utama.. jika baik baik lah.. jika buruk buruklah :)

    ReplyDelete
  4. never say never..yeah!
    kalau robinson family dorang cakap, keep moving forward..

    ReplyDelete
  5. encik naseer baca buku tajuk dia apa ye?
    saya pernah baca buku btajuk ''kuasa minda separa sedar''..mmg best..dan membuka mata jugak la..
    ye mmg betul apa yang di tulis dlm entry ni..nak tambah..mimpi juga sebenarnya hendak menyampaikan mesej pada kita..cuma kita perlu analisis dan fikir sendiri..

    ReplyDelete
  6. bernas entri ang ni! dont give up yaw! ahaks~

    ReplyDelete
  7. yes yes, never give up in life !

    ReplyDelete
  8. ye la...
    salu kes break up sbb tak caye pd diri sendiri...mak salu marah kalau cakap nak break up ngn bf...hehe~~
    sb katenye kalau salu cakap nnti jd kenyataan kan??

    ReplyDelete