KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, March 7, 2011

INTERNET BERGERAK!!!


Salam semua kawan-kawan blogger semua.

Korang penah dengar tentang "Internet Bergerak"?  Pernah tak?  Sape yang pernah, angkat perut.  Nampaknya sape pun tak tau. Isk...isk...

Ceritanya macam ni:

Aku ni jenis jarang kuar jalan-jalan dan selalu stay kat rumah je.  Kat depan rumah aku, banyak la makcik-makcik sedang berhimpun.  Duduk dalam bulatan.  Ape dorang tengah cer?  Nanti datang la sorang makcik naik motor berenti dekat makcik-makcik yang tengah duduk-duduk tu.

Pastu aku cuma dengar pot pet pot pet... Makcik yang baru datang naik motor tu baru pas bawa "cerita panas terbaru".  Itulah internet bergerak.  Bawa mulut mengumpat keburukan orang lain.  Aku memang malas nak join dorang sebab aku kan muda lagi. Takkan nak menyibuk dengan makcik-makcik.  Nanti jadi scandal, habis aku. Huhu...

Masa tu baru pukul 8 pagi.  So, aku layan tengok Astro jap.  Dekat tengah hari, aku terlelap.  Terjaga dalam pukul 6 petang lebih.  Korang nak tau ape aku nampak? Nak tau? Nak tau ke?

Makcik-makcik yang tengah bersembang tu masih lagi bersembang.  Aku terfikir gak.  Suami dorang hari ni puasa ke?  Dorang rileks je sembang dan mengumpat dari pagi sampai petang.  Huhu...

Itu je.  Malas nak tulis dah. Haha...

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. hhee..biasa la nak buat camne..mulut org tkleh ttup..suka pot pet pot pet. lelaki lain cara nya..pompuan lain caranya..

    ReplyDelete
  2. dah lumrah pompuan cm 2.hahaahha

    ReplyDelete
  3. chatting tu...huhu..

    kalau org muda2 guna YM/gtalk/skype, etc..org tua2/makcik2 tu la cara chatting dorang..=)

    ReplyDelete
  4. Ini biasa je kalau di kawasan kampung...perlu diingat lelaki pun lebih kurang sama je..

    ReplyDelete
  5. apa la maksud internet bgerak tu? makcik2 tu ke?

    ReplyDelete
  6. haha, mengisi masa lapang~
    suami makcik2 tu outstation kott...

    ReplyDelete
  7. mengumpat secara berjemaah..haha
    dah nama tebiat..tak paham betul kan, dorang yang suka ngumpat ni.

    ReplyDelete