Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

"MARILAH 'KENDURI'KAN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Fesyen orang perempuan sekarang memang seperti "Marilah 'kenduri'kan saya" saja. Kalau boleh nampak lurah "aset" semaksimum mungkin, dorang pasti akan buat. Bila ditanya kenapa nak tunjuk sangat "aset" dorang tu, dorang akan cakap:

"Ini ikut trend terkini dan terbaru la"

atau

"Aku punya pasal la"

Kalau nak ikut fesyen terkini dan terbaru sangat pun, rasanya tak perlu nak copy paste sebiji macam artis itu pakai. Dia tak apalah sebab pakaian dia ditaja. Saya rasa sekarang banyak pakaian fesyen terkini yang menutup apa yang patut ditutup.

Pakaian yang menunjukkan sebahagian "aset" di atas dan sebahagian "aset" di bawah rasanya tak sesuai. Nanti bila dah di"kenduri"kan beramai-ramai, tahu pula marah dan mengamuk sakan. Kata orang lelaki ini pantang tengok perempuan.

Tapi, dia ada fikir ke pakaian dia yang nak sangat tunjuk "aset" itu adalah punca dia di"kenduri"kan? Entahlah. Yang sebegitu hendak ditiru tapi yang menutup aurat tak mahu pula ditiru. Alasan paling biasa saya dengar:

"Panas"

Korang yang pakai pakaian bertutup semua "aset" rasa panas ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 15, 2012

LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan wife insya Allah akan mendapat cahaya mata pertama. Tapi, disebabkan baru 9 minggu 6 hari masa scan semalam (Entry tersebut boleh baca di SINI dan SINI), doktor pun tak boleh beritahu sama ada bakal baby kami itu lelaki atau perempuan.

Tapi, bila wife saya beritahu saya yang baby saya tu kelihatan sedang menari-nari sebab seluruh badannya bergoyang-goyang termasuk tangan dan kakinya, saya rasa baby lelaki. Pah wife saya pun cakap lelaki sebab dia nampak dalam scan baby tu macam tengah main bola.

Kalau ditakdirkan baby perempuan pun saya terima.  Bukan semua orang ada peluang nak dapat baby ni. Ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Ada yang tak dapat langsung cahaya mata.

Nanti pergi check sekali lagi baru tahu jantinanya. Korang rasa lelaki atau perempuan? Hehehe.

p/s : Excited sangat sampai asyik senyum sorang-sorang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

MR. MAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam dengar cerita bro Ben telah masuk dalam TV. Program Nona. Tahniah kepada Bro Ben sebab mampu menjadi blogger yang ditemu bual oleh pihak media. Bukan senang tau? Biasanya dorang hanya temu bual artis-artis yang ada anak saja suatu ketika dulu.

Menjadi Mr. Mama merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang lelaki. Memang dari luar nampak mudah tapi nak melaksanakannya memang sangat payah. Harus ada kesabaran yang tinggi. Saya pun bakal menjadi seorang Ayah, Insya Allah.

"Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"

Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini. Ada pasangan tunggu berpuluh tahun dan mencuba pelbagai cara pun tak dapat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab ibu DAN bapa untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak tersebut.

Entry ini adalah luahan dari pemerhatian dan cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah.

p/s : Saya pernah rasa macam mana diabaikan tanggungjawab seorang kepada diri saya. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa dulu. Tiada kasih sayang seorang bapa.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 2, 2012

DEBAT ISU JANTINA TAKKAN SELESAI SAMPAI BILA PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita ada perdebatan antara jantina berlainan yang sudah semestinya lelaki dan perempuan tidak termasuk yang lembut dan pengkid, perdebatan itu akan menjadikan semakin panas dan panas dan sudah semestinya panas kalau tak ada orang yang hentikan.

Kenapa jadi macam tu? Ini disebabkan kedua-dua jantina ada ego masing-masing. Kedua-dua jantina ada kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua jantina anggap diri sendiri yang terbaik. Tapi, hakikatnya kedua-dua jantina saling melengkapi.

Jika tiada perempuan, tak lengkap hidup seorang lelaki. Tiadalah pertambahan manusia di dunia ini. Pupuslah manusia sebab tiada zuriat yang akan menyambung generasi ke generasi yang baru.

Jika tiada lelaki, tak lengkap hidup seorang perempuan. Sama juga seperti jika tiadanya perempuan iaitu tiada pertambahan jumlah manusia di dunia ini dan manusia akan pupus.

Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Janganlah asyik menunding salah antara satu sama lain. Allah jadikan lelaki dan perempuan berbeza ada sebabnya iaitu supaya saling melengkapi serta saling bertolak ansur dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka