Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Friday, July 6, 2012

BERLAKU DEPAN MATA SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.

Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.

Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.

Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.

Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.

Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.

Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 1, 2012

MELAWAN ARUS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang pernah jumpa tak kereta atau motor yang suka bergerak melawan arus? Bila waktu malam, dorang suka guna lampu tinggi. Bahayakan?


Saya selalu gak jumpa golongan sebegini yang tak sayangkan nyawa sendiri dan suka menyusahkan orang lain. Pastu, yang bawa motor plak tak pakai helmet dan helmet letak kat dalam raga motor. Memang terbaik.


Peraturan jalan raya dicipta untuk mengelakkan kemalangan. Memang peraturan tu tak sempurna sebab yang buat peraturan tu adalah manusia. Tapi, bila kita ikut peraturan tu, ada peluang kita untuk selamat. Ini cuma pendapat saya je.


Pendapat korang plak?


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 27, 2012

MACAM TAHU JE GAJI DAH MASUK...

Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE setiap hari...Terima kasih.




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang di Kedai Acessories kereta menggantikan motor yang mengawal turun naik tingkap kereta Kenari saya sebelah pemandu. Melayang la RM65.


Kereta Kenari saya ni macam tahu saja saya baru dapat gaji dan pada hari gaji juga dia buat hal. Kereta sekarang pun dah pandai demand sekarang ni. Hahaha.


Bila pergi kedai accessories ni, semua benda nak ditukarkan dorang. Kalau dilayan, boleh kopak wallet saya. Huhu.


p/s : Tolong saya klik  http://goo.gl/ZdZT9 dan klik VOTE setiap hari ... Terima kasih.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 17, 2012

PROTON PREVE!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sampai je office pagi tadi, staf saya tiba-tiba cakap:

"Encik Naser, Proton Preve best. Tukarlah kereta encik tu dengan Proton Preve"

Saya terkejut. Saya belum lagi tengok macam mana rupa dan harga Kereta Proton yang baru launch semalam. So, saya pun google untuk cari maklumat tentang kereta Proton Preve ni. Dan saya jumpa. Memang smart kereta ni.

Proton Preve Depan

Proton Preve Belakang

Patutlah staf saya beria-ia nak tukar BLM dia ke Proton Preve ni. Memang dasat gak penangan kereta baru proton ni. Dalaman kereta ni pun nampak macam sempoi gak.

Proton Preve Dalaman

Proton Preve Engine Start/Stop

Spesifikasi Proton Preve ni pun dasat gak. Korang boleh tengok sendiri kat bawah ni:


Enjin pun padat dan mantap je saya tengok.


Ada 6 pilihan warna: Blue Lagoon, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black and a new shade called Elegant Brown. 

Harga seperti berikut on-the-road termasuk Insurans :

  • The Prevé 1.6 Premium CFE: RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 Premium IAFM+: RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 MT Executive: RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid)
Tak terasa nak tukar kereta ni lagi sebab rasanya kewangan saya tak mampu lagi. Tengok je la. Tapi kalau ada yang sudi bagi kereta ni percuma, saya terima seadanya. Hehehe.

Wassalam.


-NASZ-



Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 28, 2012

SALAH SATU BENDA YANG MEMBAHAGIAKAN MANUSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada banyak benda yang membahagiakan manusia. Tapi, saya nak ceritakan tentang satu je kali ni. Nanti tak termuat saya nak tulis dalam post ni kan? Hehehe. Salah satu benda yang membahagiakan manusia yang saya nak cerita di sini ialah Kenderaan Yang Baik.

Kenderaan yang Baik? Kenderaan pun ada yang baik dan ada yang jahat ek? Bukan itu maksud saya. Kenderaan yang Baik maksudnya kenderaan seperti motor, kereta, van, lori dan lain-lain yang kurang bermasalah. Kenderaan yang jarang rosak membuatkan hati manusia bahagia.

Korang tak percaya? Ok. Saya nak korang, kalau kenderaan korang tak kiralah motor atau kereta rosak, korang rasa bahagia tak? Kalau saya, sudah semestinya tak bahagia. Sebab hati gundah gulana mengenangkan berapa ribu ratus ringgit nak kena keluar.

Tapi, bila kenderaan jarang rosak dan beroperasi dengan baik, korang pasti bahagia. Kalau saya, saya rasa bahagia sangat sebab hati saya tenang je. So, kalau korang nak bahagia, jangan lupa service kenderaan korang bila cukup time. Jangan tahu guna je tapi tak tahu nak jaga. Kan?

p/s : Kenderaan jarang rosak tapi bila rosak, memang betul-betul tak bahagia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, April 6, 2011

RENEW ROAD TAX DAN INSURAN KERETA DENGAN MYEG...MUDAH!!


Salam sejahtera kawan-kawan blogger yang dihormati sekalian.

Aku baru je dapat road tax baru untuk kereta aku daripada Myeg Services Berhad.  Tak payah nak pergi JPJ or orang tengah.  Terus contact Myeg je.  Myeg akan terus pos laju ke pintu rumah selepas bayaran dibuat.

Korang berminat, korang boleh tengok kat sini http://www.myeg.com.my/

Korang boleh buat guna online ataupun telefon dorang.  Kalau korang nak buat secara online, kat sini http://www.myeg.com.my/.

Kalau korang nak telefon, telefon nombor telefon ni 03-7801 8888.  Korang kena bagitau pada staf Myeg tu perkara berikut:

1. Jenis Kereta
2. CC Kereta
3. Tahun Kereta Dibuat

Staf Myeg tu akan tolong calculate untuk korang dan akan emailkan pada email korang.  Korang cuma perlu buat bayaran dan road tax akan dihantar ke rumah guna pos laju paling lewat 3 hari.

Mudah kan?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka