Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

DAH JADI SATU KEPERLUAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, orang kita tak tahu apa itu televisyen ataupun internet. Tapi sekarang, kalau saya, tak ada internet atau televisyen kat rumah, saya rasa macam ada benda yang hilang. Rasa boring je.

Orang dulu pun tak ada televisyen atau internet tapi dorang rileks je. Kenapa kita tak boleh jadi macam dorang?

Kita sejak lahir ke dunia ini dah kenal dengan televisyen sekurang-kurangnya. Mungkin internet tak ramai yang biasa tapi kalau nak tengok generasi sekarang ini memang tak ada internet boleh jadi sawan. Hehehe. Saya pun sama sebab itulah saya tulis begini.

Tapi, kita perlu sedar bahawa di masa akan datang akan ada lagi teknologi-teknologi baru yang kita pun tak sangka akan wujud. Sebab dulu masa saya kecil dulu, mana saya tahu tentang internet. Masa itu, memang saya jahil gila tentang internet. Selepas pergi kelas komputer secara paksa, baru saya tahu kewujudan internet ini.

Kesimpulannya, Televisyen dan internet sekarang dah menjadi satu keperluan. Di setiap rumah, mesti ada salah satu teknologi ini. Ada juga rumah yang tak ada kedua-dua ini tapi ada cara lain dorang boleh akses teknologi ini sama ada di rumah jiran untuk televisyen ataupun di cyber cafe untuk internet.

Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat yang berlainan, kongsilah dengan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 30, 2012

BUDAK SEKARANG LAGI ADVANCE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok anak-anak saudara saya dan ada juga saya tengok anak-anak saudara isteri saya, memang saya agak kagum juga la.

"Kenapa saya rasa kagum?"

Sebab seorang budak berumur baru 5 tahun lagi pandai main komputer atau ipad lebih daripada saya pada masa umur sebaya saya. Saya kenal komputer masa sekolah menengah sebab ada satu subjek komputer yang kena saya attend dan masuk makmal komputer.

Kalau tak ada subjek tersebut, entah bila saya akan tahu tentang komputer. Tapi budak-budak sekarang memang sangat advance. Dalam pencarian maklumat di internet, dorang dengan pantasnya berjaya cari makumat tersebut.

Ada juga yang terlalu advance sampai boleh buka website tidak bersesuaian dengan umur. Selepas itu, dorang ikut dan praktikkan pada dengan kawan berlainan jenis dorang. Lepas itu, baru nak menyesal tak sudah.

Teknologi memang perlu dalam kehidupan kita sebab ada banyak juga perkara kita gunakan teknologi untuk jadikan ia mudah. Tapi kalau tersilap guna teknologi ini boleh mendatangkan. Oleh itu, kita perlu tahu teknologi mana yang patut digunakan dan yang mana tak perlu.

p/s : Budak-budak masa depan mesti lagi super advance kot?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 28, 2012

HIDUP SEKARANG LEBIH KEPADA DUNIA MAYA...

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Melantak jap kat McD dengan wife jap. Sebab dah janji dengan dia nak belanja makan ayam goreng feveret dia. Saya tengok ramai yang sedang online dan ada yang sedang main game. Even depan mata pun jarang bercakap.


Masing-masing dengan laptop, netbook, ipad dan gadget-gadget sendiri. Makin susah orang sekarang nak sembang berdepan. Semua gunakan teknologi.


Nanti masa depan, generasi masa tu macam mana la plak kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka