Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Monday, July 2, 2012

JAUH MANA PERGI PUN, TETAP AKAN RINDU KELUARGA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana kita pergi pun, kita pasti akan rindu keluarga kita. Yang paling akan kita rindu ada ibu dan bapa kita. Dari kecil kita dah biasa dengan mereka. Dari kecil mereka dah jaga dan belai kita. Dari kecil mereka jaga makan dan minum kita. Dari kecil mereka berikan kasih sayang dan belaian manja.

Bila ada di depan mata, kita rasa rimas dan nak pergi sejauh mungkin dari keluarga. Nak hidup sendiri konon. Nak bebas konon. Tapi bila dah pergi, baru rasa kehilangan. Baru nak rasa menyesal. Kita takkan perasan kehidupan yang kita ada paling bahagia sehingga kita dah kehilangan kehidupan itu.

Setiap pilihan kita akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Mungkin kita akan bahagia dan mungkin kita akan sengsara. Oleh itu, bila kita dah buat satu keputusan, bersedialah untuk hadapi hari-hari yang mendatang akibat keputusan kita.

Ingatlah, bila nak buat satu keputusan yang melibatkan perubahan seluruh hidup kita, fikir betul-betul. Jangan gopoh. Tersilap langkah, menyesal kemudian tiada gunanya. Kebahagiaan yang dikecapi sebelum itu tak mungkin kita dapat rasa balik. Walaupun kita kembali, tapi perkara takkan sama.

Nasihat saya, hargailah keluarga kita sebaik-baiknya. Jangan lukai hati ibu dan bapa kita. Mereka dah banyak sangat berjasa kepada kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 5, 2011

"BILA KITA DAH SAYANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa yang tak pernah jatuh cinta, angkat tangan? Saya nak bagi tabik spring kat dia. Hehehe. Saya yakin hampir semua orang pernah jatuh cinta. Bila kita jatuh tangga, sama ada kita sakit atau mati kan? Macam itu la juga jatuh cinta. Bila kita jatuh cinta, perasaan yang awal kita akan rasa adalah sayang. Kan?

Bila kita sayang, kita akan cuba nak buat dia gembira dan bahagia dengan kita. Kita tak nak ada orang lain rampas dia daripada kita. Macam dari Pengkid dan sebagainya. Bagi yang pernah rasa terluka, dia akan biasanya overprotective. So, sesetengah orang akan rasa rimas. Tapi kena faham, dia tak nak perkara yang sama berulang. Seperti kata pepatah dalam Movie Adnan Sempit:

"I don't want banana to fruit two times"

Hahaha. Dalam bahasa melayunya, "Saya tak mahu pisang berbuah dua kali". So, nasihat saya, bila ada orang sayang kita, hargailah dia elok-elok. Jangan abaikan dia. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul sayangkan kita.

Bila korang sayangkan seseorang tu, apa korang akan buat?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 4, 2011