Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, July 6, 2012

BERLAKU DEPAN MATA SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.

Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.

Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.

Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.

Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.

Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.

Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

19 comments:

  1. owh.. ngeri nye.. xpernah kena langgar tp pernah jatuh basikal dan basikal hampir2 rosak pasal bawak terlalu laju.. nasib baik tak pecah kepala. Teruk jugak cedera, muka terkena handle basikal dan terseret di jalan, Parut masih tak hilang sampai sekarang.

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa.. n tak nak jumpa .. Hoooooo

    ReplyDelete
  3. oopss....sama la citer kita...nasib baik bukan orang yang sama...tp citer saya cam ni...saya yang langgar budak tu...n budak tu mmg tgh bwk beskal...that my fault :-(...langgar dia kat dpn skolah yg ada traffic light..xpe la..nk buat cam ne..malang tak berbau...tarikh keramat - 01/03/2010....tak mau ingt lg lps nih...

    ReplyDelete
  4. http://hunyieda.blogspot.com/2012/07/giveaway-entry-paling-menarik-by-irra.html jemput join..banyak hadiah menarik

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah nampak orang accident macam tu, tapi saya sendiri yang berpengalaman "dilanggar". Nak masuk simpang, dah siap bagi lampu signal tetiba ada budak bawa motosikal nak overtake. Saya tak sempat tekan brek kereta, apa lagi melambung budak tu jatuh atas depan bonet. Menggigil kaki waktu tu, nasib baik budak tu hidup lagi, sampai sekarang

    ReplyDelete
  6. Alahai, kesiannya budak tu...

    ReplyDelete
  7. remy pernah juga dilanggar dari belakang semasa berbasikal sewaktu ke sekolah dulu..... sakitnya hanya tuhan yg tahu.....jatuh tersungkur diatas jalan raya.....
    habis kedua2 tapak tangan luka dan seluar koyak....
    nasib baik takde yg teruk.....

    ReplyDelete
  8. Minggu ni anak murid saya meninggal kena langgar semasa turun dari van depan sekolah agama. Sedih, baru Tahun 2. Kalau berbasikal lagi risau sbb basikal ringan, tak stabil..

    ReplyDelete
  9. pengalaman ngeri ni bro.. huhu..

    ReplyDelete
  10. Masa kat kajang, kira2 2 tahun lalu, kat roundabout tiba2 satu moto ni pecut masa lampu nak tukar merah. terbang gak pemuda tu. tapi takdelah smpt tgk camne sebab masa tu keta bnyk jadi kena gerak. Budak2 skrg agak terdedah dgn bahaya apatah lagi pintu depan tu betul2 ke jalan besar.

    ReplyDelete
  11. haa sy pernah accident -.-"
    abah nak uturn tp terlanggar moto.
    n penunggang moto tu terpelanting atas kete abah. depan cermin depan. -.-" pehh gigil2 kot. tp alhamdullilah nseb bek tade ape2

    ReplyDelete
  12. salam..
    maaf bro sy tag awk
    http://akusijebat.blogspot.com/2012/07/cik-buaya-1st-giveaway-choose-your.html

    ReplyDelete
  13. ika penah tgk eksiden depan mata. motor dgn kete. baru je jadi minggu lepas. woooo.takut tgk .

    ReplyDelete
  14. Una pun risau kadang diorang naik basikal suka lepas tangan ..

    ReplyDelete
  15. tak penah tgk kemalngan cmtu depan mata lagi. mintak2 dijauhkan. ngigau empat hari empat malam kotnye nanti.huhu :p

    ReplyDelete
  16. pengalaman tgk atok kena hentam dgn motor lain ade la...tp bdk2 sekolah nie memang mengerikan jugak..kalo dieorg bwk basikal confirm sy xkan nk laju lagi drp dieorg sebab bdk2 nie blh berubah pecutan basikal tu dr slow ke laju....

    ReplyDelete
  17. Penah dilanggar motor dari belakang tiga kali gak la sbb salah sendiri...bawak terhuyung hayang..huhuhu...

    ReplyDelete
  18. tak pernah lagi nampak kejadian mcmm nih. huhuu
    kereta kena langgar adalah. huhu bahaya- bahaya..

    ReplyDelete
  19. pernah tengok depan mata lori treler langgar motor & motor tu terperosok masuk melekat bawah tayar lori tu.. meniggal di tempat kejadian. tp, sy memang tak berani nk dekat sbb takut nanti terbanyang2 je

    ReplyDelete