Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, May 6, 2013

SEGMEN REVIEW PERCUMA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pun tengah bosan dan tak tahu nak update apa, saya terperasan ramai rakan blogger di bloglist saya join segmen review percuma ini. Macam menarik. Lagipun, dah lama tak ada oran gnak review blog saya. Hehehe.

Bagus juga kalau ada orang review blog kita. Sebab kita bukan perasan kelemahan blog kita. Pembaca blog kita saja yang tahu bagaimana prestasi blog kita. Mungkin cantik dan bagus di mata kita tapi di mata pembaca kita tidak.

Jangan fikir,

"Ini blog aku, aku punya pasallah nak buat macam mana pun"

Kalau korang nak buat blog yang korang tak nak orang lain baca, saya pun tak kisah. Tapi, kalau korang buat blog nak orang lain baca, jangan sombong. Terima kritikan dan perbaiki blog korang. Blog saya pun bukan bagus dan masih banyak kena diperbaiki lagi.

Tarikh tutup untuk segmen ini belum lagi dikenalpasti oleh penganjur. So, jemput join segmen ini ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 6, 2012

LAYAN BOHSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam selepas balik kerja, saya layan sekejap Movie Bohsia 2 : Jalan Kembali sebelum nak sambung kerja Rondaan 1 Malaysia di sebelah malam pula. Movie ini bagi saya agak kurang sikit kalau dibandingkan dengan Bohsia 1 : Jangan Pilih Jalan Hitam dulu.

Lakonan Mus yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof agak ok. Kira Mus ini rider yang baik la. Lakonan Keting yang dilakonkan oleh Sofi Jikan kira best juga dengan stail gengster yang kepala "masuk air". Tasya lakonan Nabila Huda pun ok juga.  Movie ini memang ada banyak moral dan pengajarannya.

Tapi, orang kita bukan tengok pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya, budak-budak kalau tengok movie ini bukan tengok jalan ceritanya yang menceritakan tentang keburukan menjadi Bohsia ini. Mereka ini lebih suka meniru tak kira cara percakapan atau pemakaian. Padahal, mesej yang hendak disampaikan baik tapi yang tak baik itu menjadi ikutan dan ditiru.

Anyway, untuk movie ini, saya bagi 3 Bintang saja sebab bagi saya Movie ini kira boleh tahanlah. Korang yang dah tengok movie ini bagi berapa Bintang?

p/s : Mula-mula korang tengok tajuk kat atas, mesti korang fikir lain kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 5, 2011

CONTEST SALWAISMAIL : "REVIEW BLOG DAPAT RM"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

TIME TO CHILL LAH AND EXPRESS YOURSELF WITH NESCAFÉ!

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lepas je sahur, saya blogwalking jap. Terjumpa contest yang sangat simple. Cuma review blog dan dah dapat RM. Macam sempoi je.

Orait. Review saya berkenaan blog Salwaismail ni. 

HEADER
Header blog ni simple je. Cuma tulis nama SALWAISMAIL dalam kaler pink dan tagline dia "i be myself, and i'm proud". Nice. Suka tag sebab blog salwaismail ni lebih kepada be herself. Baguslah sebab buat apa nak jadi orang lain kan? Lebih baik jadi diri sendiri.

BACKGROUND
Background blog salwaismail ni pokka dot kaler pink. Kaler pink yang lembut je. Tak la sakit sangat mata memandang. Lagipun, kaler background ni bersesuaian dengan header dan kaler putih entry blog. Simple tapi kemas.

WIDGET
Widget dalam blog ni sikit je. Yang dirasakan penting. Antaranya facebook like, tentang diri owner blog, blog archieve, follower, shoutbox dan alexa rank. Ini je yang saya nampak. Lagipun widget ni disusun dengan kemas.

MASA LOADING PAGE
Masa loading untuk blog ni sangatlah cepat. Saya suka terjah blog yang masa loadingnya cepat dan tak membuang masa saya. Syabas saya ucapkan untuk owner blog ni.

PEMILIHAN FONT DAN SAIZ FONT
Walaupun saiz font agak kecil tapi saya masih boleh membaca entry yang ditulis oleh owner blog ni. Mungkin owner blog ni cuba menyesuaikan dengan kaler background dan header dia. Tapi, saya masih mampu membaca entry tanpa masalah.

Hahaha... Ini dah macam kritikan plak. Tak pandai nak review but this is the best saya mampu buat. 

Jom join contest ni. Simple sangat-sangat. Review je. Tak perlu nak ikut syarat-syarat yang macam-macam. Tak rugi pun. Jom ramai-ramai pakat join. Hehehe...

Contest tamat pada 27.08.2011 jam 4 petang.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka