Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

"CHILD ON BOARD"




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya, selepas hampir beberapa mencari sticker yang sesuai, saya terjumpa sticker ini di satu kedai buku di Hutan Melintang dengan harga yang murah. Dan paling bestnya, mungkin rezeki Mayeesa sebab ini adalah yang terakhir saja.


Sebelum ini ada juga saya tengok di Giant, Tesco, Billion dan Jusco sticker-sticker macam ini tapi design lain sikitlah. Dan sudah semestinya harga memang mahal. Tak terasa saya nak beli masa itu.

Sticker ini adalah untuk memberitahu kereta belakang dan di sekeliling kita bahawa dalam kita ada bawa kanak-kanak dan minta jangan pandu kereta macam orang tak waras. Saya faham mungkin dorang sakit perut dan nak memerut keluar hasil perut tersebut tapi tak menyempat. Tapi, janganlah melibatkan orang lain.

Tetapi, pemandu di Malaysia ini kebanyakkannya bukan ambil tahu pun hal-hal macam ini. Letaklah tanda sebesar mana pun, kalau dorang tak nak ambil tahu, dorang tetap tak nampak tanda tu. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 8, 2013

HADIAH DARI BLOGGER UNTUK MAYEESA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Petang tadi terima satu bungkusan yang dihantar menggunakan Pos Laju ke rumah saya. Rupa-rupa bungkusan itu daripada sahabat saya di dunia blog ini, saudara Remy Hazza. Hadiah yang dihantar ini adalah untuk Mayeesa.

Terima kasih banyak-banyak ye Remy? Susah-susah je. Nanti Remy kahwin, jemputlah, kalau tak ada aral melintang, In Shaa Allah saya akan sampai dengan hadiah untuk Remy pula.

Saya kenal Remy ini melalui dunia blog saja. Belum pernah bersua muka mahupun keluar minum sekali. Mungkin suatu hari nanti, kita akan berjumpa dan mungkin juga saya akan anjurkan Mini Blogger Gathering untuk rakan-rakan blogger berkumpul sambil berkenal-kenalan dan mungkin boleh main bowling sama-sama.

Entah bila saya nak buat kan? hahaha. Kalau jadi buat Mini Blogger Gathering tu, korang setuju tak?

p/s : Uncle Remy, Mayeesa cakap terima kasih sebab bagi hadiah kat Mayeesa. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 5, 2013

BILA EISYA DAH PANDAI KETAWA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Eisya sekarang dah pandai ketawa. Even dalam tidur sekalipun. Isteri saya yang snap gambar Eisya tengah gelak ni. Isteri saya cakap, bila dipanggil nama dia, Eisya terus gelak.

Kadang-kadang tengah tidur, Eisya mesti gelak sendiri. Mungkin sebab Eisya sedang bermimpi indah. Hehehe.

Saya sentiasa doakan Eisya akan jadi seorang anak yang taat dan juga seorang perempuan yang solehah. Amiiinnn.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 4, 2013

MAKIN BANYAK HILANG PERIKEMANUSIAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terbaca dalam suratkhabar dan tertengok dalam berita di TV tentang penderaan terhadap kanak-kanak dan bayi serta pembuangan bayi. Dalam Youtube pun ada orang uploadkan kisah bapa yang sanggup memukul anaknya dan menghempas anaknya ke sofa. Itu tak kira lagi kes pembuangan bayi di tong sampah, rumah orang, campak ke dalam sungai dan lain-lain.

Mana pergi rasa perikemanusiaan mereka ini? Kalau dah tak mampu nak bela, kenapa buat anak? Anak itu anugerah. Ada orang yang terpaksa tunggu lama untuk dapat anugerah yang terindah ini dan ada yang tak dapat langsung.

Masa mereka kecil dulu, mereka pun diperlakukan sebegini ke sehingga mereka nak balas dendam dengan buat balik kepada anak atau bayi mereka sendiri? Mungkin mereka akan beritahu tekanan hidup yang buatkan mereka terpaksa buat macam ini. Tapi itu cuma alasan.

Kenapa saya cakap itu cuma alasan?

Saya bukan nak menceritakan keaiban keluarga saya tapi nak share sikit apa yang saya lalui. Bapa saya tinggalkan ibu saya tanpa bertali, tinggal macam itu saja. Selepas itu, ibu saya berusaha sendiri untuk membesarkan 4 orang anaknya. Mula-mula ibu saya bekerja kopek udang. Setiap hari ibu saya pergi mengopek udang. Korang bayangkan tangannya pada masa itu. Korang dapat bayangkan? Kemudian, ibu saya dapat kerja di kilang jahit pakaian dan berkerja hingga hari ini. Saya anak sulung dan saya sendiri rasa tertekan dengan keadaan pada masa itu tapi ibu saya masih mampu bertahan dan membesarkan kami berempat. Memori inilah menyebabkan saya sentiasa menyayangi ibu saya.

Ibu saya masih menjaga kami dan langsung tak buat apa yang berlaku sekarang, dia tak buang dan abaikan kami. Walaupun keadaan tertekan macam mana pun, dia masih jaga dan sayang kami semua. Tapi, kadang-kadang sebahagian daripada kami yang terlupa jasanya.

Korang dah ada anak, jangan abaikan dorang sebab doranglah anugerah yang paling indah walaupun tidur malam korang selalu terganggu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 30, 2012

PUTERI KAMI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Penantian dah berakhir. Kini penyeri hidup saya dan isteri saya telah berada di dunia. Lepas ini, blog ini banyak cerita mengenai penyeri hidup kami ini.

Pada 28.12.2012 jam 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selamat lahir puteri yang akan menyinari hidup kami. Alhamdulillah sehingga hari ini, puteri kami tiada apa-apa masalah.

Nama puteri kami akan saya umumkan bila sijil kelahiran dah keluar. Sekarang ini saya takkan umumkan lagi. So, korang kenalah tunggu. Hehehe.

Anyway, terima kasih di atas doa daripada pihak korang untuk keselamatan isteri dan anak saya. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sila Tekan Like Jika Suka


Tuesday, July 10, 2012

NAK CARI BUKU PENJAGAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu ini saya ada mesyuarat di Ipoh. Saya akan stay di rumah mertua saya di Kuala Kangsar 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad saya akan balik ke rumah emak saya selama 2 hari juga. Ahad malam baru saya balik Bagan Datoh. Adil la kan? Dua-dua kampung saya balik.

Plan nak pergi Popular atau MPH untuk cari Buku Tentang Penjagaan Ibu Mengandung dan Anak Yang Baru Lahir. Saya ini dah la zero tentang perkara sebegini. Risau tersilap langkah. Kena cari buku ini untuk pastikan tiada kesilapan langkah berlaku.

Biasalah, inikan anak sulung kami. So, memang tak ada pengalaman langsung saya dan wife saya. Saya rasa anak kedua dan seterusnya pun mungkin yang ada pengalaman terkantoi juga. Inikan pula yang sulung. Memang gelabah juga saya nanti.

Harap dapat cari buku itu dan harap buku itu dapat bantu berikan cara yang betul untuk jaga wife saya yang tengah mengandung. Walaupun baru 3 bulan tapi kena prepare awal sebab utama kerana kami memang tak ada pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 2, 2012

LATIHAN MENUKAR PAMPERS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hujung minggu lepas, saya buat latihan menukar Pampers anak saudara sebelah isteri saya. Mula-mula memang terkial-kial. Biasalah. Tak pernah buat. Bila dah dua tiga kali buat, baru lancar sikit. Tapi ada juga tersilapnya. Hehehe. Takpelah, belajar dari kesilapan.

Itu baru Pampers. Dulu masa saya kecil dulu, selalu saya tengok emak saya tukar lampin yang jenis kain berbentuk segi empat tepat adik saya. Kena lipat bentuk segi tiga, pastu nak ikat kat adik saya yang kecil. Masa itu, saya selalu menyibuk nak tolong. Hehehe.

Tapi, sekarang dah makin senang, beli je Pampers kat kedai, pastu, buka, letak baby dan lekatkan ke tempat yang sesuai mengikut ke'ketat'an. Jangan terlalu ketat sebab nanti baby tak boleh bernafas. Biasalah. Baby kan? Badan masih lembut lagi.

Saya berlatih dari sekarang, nanti baby dah ada depan, terus terkaku tak tergerak sebab tak tahu nak buat macam mana kan? Hehehe.

p/s : Excited nak dapat baby. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 27, 2012

"DAH NAK JADI BAPA EH?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kawan-kawan cakap,

"Dah nak jadi bapa eh?"

Saya mesti secara automatik tersenyum. Tak kirala siapa pun cakap macam tu, saya mesti akan secara super spontannya tersenyum. Entah kenapa dalam hati yang dipenuhi taman bunga dan air terjun ini berbunga-bunga bila orang cakap macam itu.

Lagipun, bila orang cakap sesuatu, ia adalah doa orang itu terhadap kita. Semoga matlamat untuk menjadi bapa akan tercapai. Hehehe.

Korang tolong saya boleh tak? Tolong doakan kesihatan isteri saya dan juga sudah semestinya baby saya yang dalam perut isteri saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 23, 2012

NAMA BABY KAMI ADALAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kandungan wife saya dah mencapai tahap hampir 3 bulan.

"Nama untuk baby dah ada ke?"

Jantina baby pun belum tahu lagi. Saya memang tak fikir lagi nama untuk baby kami. Tapi wife sebelum tahu diri sendiri mengandung dah pun rajin membaca. Dia rajin membaca buku maksud nama.

Dan wife saya dah pun decide nama baby kami. Saya pun mula-mula terkejut tapi saya buat cool je. Cantik juga nama yang wife saya fikirkan. Maksudnya pun sangat elok. Wife saya dah pun pilih kedua-dua nama untuk baby lelaki dan baby perempuan.

Kalau baby lelaki, nama ini kami akan letak. Kalau baby perempuan, nama itu kami akan letak.

Nama baby kami adalah....

Tunggu baby dah lahir dan dah daftar, baru kami maklumkan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 17, 2012

MENGIDAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang mesti tahu tentang mengidam kan? Biasanya mengidam ini berlaku kepada orang perempuan yang mengandung. Orang perempuan yang tak mengandung dan orang lelaki ada juga yang mengidam tapi tak se'serius' orang mengandung.


"Kenapa pula?"


Sebab kata orang tua-tua, kalau orang perempuan yang mengandung mengidam dan tak dapat apa yang diidamkan, anak yang lahir nanti akan sentiasa meleleh air liurnya. Ini kata orang tua-tua ye? Bukan saya kata sebab saya muda lagi. Hehehe.


Tapi kalau isteri mengidam perkara yang tak tercapai akalmu atau tak mampu korang tunaikan, nak buat macam mana kan? Buat setakat saja yang korang mampu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 16, 2012

REZEKI AWAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Di Facebook, ada orang pertikaikan kandungan isteri saya yang dah mencapai 9 minggu 6 hari. Dia bandingkan dengan kandungan dia yang baru 8 minggu. Katanya kandungannya baru 8 minggu dan cuma nampak jantung tapi kandungan isteri saya dah 9 minggu 6 hari tapi dah nampak kaki dan tangan.


Doktor yang isteri saya memaklumkan kepada isteri yang tangan dan kaki bayi dalam kandungan isteri saya itu seperti sedang menari-nari.


Saya bersyukur sebab dapat rezeki awal daripada Allah. Tak semua orang dapat dan ada orang tak puas hati. Mungkin sebab dia dah kahwin awal dari saya tapi baru dapat bayi.


Bagi saya, bersyukurlah sebab dapat juga bayi kalau dibandingkan dengan pasangan menanti berpuluh-puluh tahun tapi tak ada rezeki.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 15, 2012

99% TEPAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terjumpa Jadual ini di Facebook. Saya cuba tengok umur isteri saya dan bulan dia start mengandung, dan jawapannya anak LELAKI. Tapi, yang paling penting, anak lelaki atau anak perempuan, saya tetap terima dengan hati yang ikhlas.

p/s : Ingatan untuk diri sendiri... Anak itu adalah tanggungjawab dan amanah daripada Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

AWAL LAGI NAK BELI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Giant,

Isteri saya : B tengok apa tu?

Saya : Pampers sayang.

Isteri saya : La... Nak buat apa?

Saya : Untuk baby kita nanti la sayang.

Isteri saya : Isk... Awal sangat la B.

Saya : Ye ke? Owh... (Blurrr....)

Saya punyalah excited sampai bila pergi mana-mana supermarket tak kiralah AEON, Giant, Tesco dan lain-lain, ternampak saja barang baby, terasa macam kena beli pula. Macam terlebih excited pula kan? Hehehe.

Saya kena plan dan bajet apa yang perlu beli. Barang baby kena cukup. Tak dilupakan juga barang untuk isteri. Takkan dapat baby, isteri diabaikan. No, no, no way. Isteri kena jaga elok-elok.

Nanti tak pasal-pasal isteri saya jeles dengan baby saya sebab saya lebihkan baby. Hehehe.

Anyway, tolong doakan isteri saya sentiasa sihat dan kandungan pun sihat ye? Terima kasih.

p/s : Masih tersenyum sorang-sorang lagi ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan wife insya Allah akan mendapat cahaya mata pertama. Tapi, disebabkan baru 9 minggu 6 hari masa scan semalam (Entry tersebut boleh baca di SINI dan SINI), doktor pun tak boleh beritahu sama ada bakal baby kami itu lelaki atau perempuan.

Tapi, bila wife saya beritahu saya yang baby saya tu kelihatan sedang menari-nari sebab seluruh badannya bergoyang-goyang termasuk tangan dan kakinya, saya rasa baby lelaki. Pah wife saya pun cakap lelaki sebab dia nampak dalam scan baby tu macam tengah main bola.

Kalau ditakdirkan baby perempuan pun saya terima.  Bukan semua orang ada peluang nak dapat baby ni. Ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Ada yang tak dapat langsung cahaya mata.

Nanti pergi check sekali lagi baru tahu jantinanya. Korang rasa lelaki atau perempuan? Hehehe.

p/s : Excited sangat sampai asyik senyum sorang-sorang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

GAMBAR SCAN BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya beritahu mengenai wife saya dengan emak mertua saya ke Klinik Pakar Wanita di kawasan Klang Selangor. Masa scan perut wife saya untuk check keadaan baby tersebut, wife saya beritahu saya yang doktor yang bekerja di Klinik Pakar Wanita tersebut beritahu due date kelahiran baby sulung saya ini adalah pada 11hb Januari 2013. Tapi, tarikh tu saya rasa cuma jangkaan dan mungkin awal atau lewat sikit.

Saya minta wife saya supaya suruh doktor tu printkan scan kandungan yang baru dia buat. Saya cilok dari wall facebook wife saya. Hehehe.


Mula-mula tercari-cari juga mana dia baby yang wife saya cakap ber'dancing' tu. Bila diteliti dengan setelitinya, baru saya perasan yang objek di tengah-tengah itulah baby kami. Hehehe.

Come to daddy.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BABY KITA TENGAH BER'DANCING'"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi wife saya sms kata dia dan emak mertua berada di Klinik Pakar Wanita area Klang Selangor. Memang saya ada suruh wife saya pergi check kandungan baby semalam (Baca di SINI). Tapi, semalam dia busy melawat rakan sekerja yang baru lepas bersalin. So, dia janji nak pergi hari ini.

Kali pertama pergi check adalah pada 12hb Mei 2012 (Baca di SINI dan SINI). Hari ini sudah 14hb Jun 2012. Memang doktor ada beri appointment dalam masa dua minggu dari tarikh kali pertama check kandungan tapi disebabkan banyak hal yang tak dapat dielakkan. Tak dapatlah pergi pada masa itu.

Terasa rugi tak dapat pergi sebab doktor scan perut wife saya untuk tengok keadaan baby kami. Wife saya cakap, baby kami memang nampak seperti ber'dancing' sebab nampak seluruh badannya termasuk kaki dan tangannya bergoyang-goyang. Doktor yang scan dia pun cakap perkara yang sama.

Teringin nak tengok tapi tak boleh sebab saya sekarang sedang kerja kat Perak dan wife saya duduk dengan emak mertua di Selangor. Sementara saya settlekan hal kuarters di sini, saya biarkan dia duduk di sana. Kuarters dah boleh masuk, dia akan datang tinggal dengan saya.

Wife saya beritahu yang doktor maklumkan kandungan wife saya dah mencecah 9 minggu 6 hari. Jantina baby kami belum dapat dipastikan lagi. Excited? Mestilah. Nervous? Mestilah. Hehehe.

p/s : Saya minta wife saya printkan scan baby kami. Nak tengok juga. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 8, 2012

HADIAH BAKAL BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya buka facebook, ternampak kat wall isteri saya barang di bawah :


"Sape punya?"

Saya fikir isteri beli hadiah untuk kawan sekerja dia yang memang tengah mengandung. So, saya pun terus ke status wall yang ada gambar di atas.

Rupa-rupanya isteri saya dapat hadiah advance untuk bakal baby kami nanti. Terima kasih la susah-susah beli hadiah di atas tapi memang comel. Terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah. Rezeki baby yang bakal lahir menyerikan hidup kami. Lepas ini, blog saya akan penuh dengan kisah telatah baby kami la nampaknya. Hehehe. Tapi, lambat lagi pun.

Hadiah yang dapat masa kahwin hari itu pun belum kemas lagi. Berterabur je dalam rumah tu. Hehehe.

Anyway, kalau korang nak beli hadiah dan bagi kat saya, jangan lupa minta alamat nak pos atau kat mana nak jumpa ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka