Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label entry. Show all posts
Showing posts with label entry. Show all posts

Monday, February 4, 2013

ENTRY PANJANG BERJELA-JELA... SALAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang boleh menulis. Semua mampu menghasilkan tulisan yang menarik. Sebab itulah wujud platform ini supaya bakat menulis kita taklah dipersiakan. Kan? Hehehe. Saya pun biasa-biasa saja. Gaya penulisan saya ini lebih kepada apa yang saya fikirkan dan terus saya taip di blog ini. Tapi sudah semestinya saya akan tapis dulu. Nanti kantoi la pula kan?

Ada sesetengah blogger suka tulis entry yang panjang berjela-jela. Mungkin dorang suka menulis dan tak dapat berhenti menulis bila dah mula. Entry panjang berjela ini saya rasa lebih kepada Entry Informasi yang ingin dikongsikan dengan orang yang datang baca di blog kita. Tak salah menulis sepanjang mungkin entry kita tapi korang cuba jadi orang yang terjah blog korang tu, korang akan baca tak entry tersebut? Lagipun, bila entry tersebut ditulis dengan bahasa yang ringkas dan ejaan tak penuh.

Saya minta maaf sebab saya mungkin akan ke blog lain yang penulisannya taklah panjang sangat. Semasa menulis satu-satu entry, fokus pada point yang kita nak huraikan. Tak perlu kita nak ceritakan tentang perkara-perkara tak berkaitan. Perkara-perkara yang tak berkaitan tu kita boleh cerita dalam entry yang lain.

Apa yang penting, blogger seperti saya ini, saya lebih suka baca entry yang ringkas tapi saya faham apa yang hendak disampaikan. Sekali lagi saya tekankan, tak salah menulis entry panjang berjela-jela. Tapi, saya nak korang tanya diri korang,

"Saya pergi ke blog si sana, entry si sana panjang berjela-jela, saya ada baca tak?"

Bukan nak mencari salah sesiapa. Cuma pendapat saya dari blog picisan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 5, 2012

CERITA MEREPEK PEREBUTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah baca cerita merepek bertajuk Perebutan tak? Hehehe. Ada blogger yang baca dan saya ucapkan terima kasih. Tadi saya tengah godek-godek blog saya, terjumpa balik entry berkenaan cerita merepek ini. Rasa nak tergelak dengan karya sendiri.

Korang nak baca? Kat bawah ini link dia :



Korang dah baca? Apa pendapat korang?

p/s : Nervous. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 29, 2012

"...GIVES YOU THE PEOPLE YOU NEED."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Korang setuju atau tidak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 28, 2012

"TAK PUASLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mula-mula nak minta maaf sebab memang hasil tulisan saya ringkas saja. Setiap entry yang saya tulis memang ringkas dan padat. Saya tahu ada blogger yang tak puas baca entry saya. Saya lebih suka tulis satu entry secara spontan. Sebab itulah entry saya ada yang panjang dan ada yang pendek je.

Ada rakan blogger yang beritahu saya yang dia tak puas baca entry di blog saya. Mungkin disebabkan terlalu ringkas ataupun terlalu best. Hehehe. Saya rasa rakan-rakan blogger semua masih ada banyak blog yang ingin diterjah. So, bila saya menulis secara ringkas dan padat serta secara direct to the point, senanglah rakan-rakan blogger meneruskan perjalanan.

Lagipun, kalau panjang sangat sesuatu entry itu ditulis, boleh jadi melalut dan merepek. Tapi, dalam menulis sesuatu entry, yang penting, korang tahu apa yang hendak disampaikan secara menarik. Tak perlu panjang berjela-jela tapi cukuplah seringkas dan sepadat yang mungkin. Yang penting apa mesej yang hendak disampaikan itu sampai kepada pembaca entry yang sampai ke blog korang itu. Hehehe.

Kalau masih tak puas baca, boleh terjah entry lain dalam blog ini. Baca puas-puas. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 5, 2011

ENTRY BERGAMBAR #3 ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu entry bergambar tulisan kat bawah. Hehehe. 

So, korang sokong atau bantah? Sila sertakan hujah-hujah korang di ruangan komen ye? Terima kasih.

p/s : Dah macam mukadimah bahas plak. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 2, 2011

ENTRY BERGAMBAR #2 ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Satu lagi entry bergambar untuk tatapan korang.


Ada yang tak setuju ke?

p/s : Ambil kat Facebook gak. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

ENTRY BERGAMBAR #1 ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ni jenis ikut suka hati je nak buat entry. Tak ikut Wordless Wednesday atau apa-apa pun. Hahaha. So, kali ni saya nak buat entry bergambar. Hehehe.


Korang setuju tak?

p/s : Terjumpa kat Facebook. Saja nak share. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

"BILA MASA SESUAI NAK TULIS DAN POST ENTRY YE?"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang tertanya bila masa yang sesuai nak tulis dan post entry korang? Rasanya pernah. Yang tak pernah tu, buat-buat pernah je ye? Hehe...


Tulis entry. Nak tulis entry ni bila-bila pun boleh. Kalau korang ada netbook atau laptop atau iphone atau android atau kertas dan pen, korang boleh tulis dah simpan dulu. Selalunya saya nak tulis entry ni, masa saya tengah ada banyak idea mencurah-curah. Kadang-kadang tengah drive idea datang. Masa tu memang frust sebab tak boleh berhenti semata-mata nak tulis entry je. Hehe.. Tapi pernah buat. Kantoi sudah.

Bagi sesetengah orang macam saya, bila duduk depan komputer atau netbook, idea langsung takde nak tulis entry. Tapi yang menyakitkan hati sanubari yang kiut ni, bila saya jauh dari komputer atau netbook, banyak plak idea. Biasanya saya tulis dalam handphone dan post terus je.

Orait. Masa yang sesuai untuk post entry adalah bergantung kepada berapa entry korang tulis sehari. Kalau lebih daripada 10 entry, bila-bila korang rasa nak post pun boleh. Tapi kalau korang bajet 3 je entry setiap hari, korang boleh post waktu pagi, tengah hari dan malam. Itu pendapat saya. Saya plak jenis tak kisah sangat. Post je bila dapat idea dan dah tulis, terus post. Tak kira waktu bila.

Actually, benda ni bergantung pada korang sendiri. Yang penting, korang sentiasa update blog korang supaya pembaca setia tak lari. Saya ada ke pembaca setia? Bajet bagus je. Hahaha...

Korang ada pendapat lain? Jom la kongsi. Jangan la kedekut sangat. Tak baik. Kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-


MENARIK:


GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 25, 2011

TAJUK GEMPAK, ENTRY TAKDE KAITAN DENGAN TAJUK...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tahu mungkin dah ramai yang tulis tentang tajuk begini. Mungkin gak tajuk macam ni dah basi. Tapi saya tetap nak tulis gak mengikut pendapat saya.

Tajuk gempak tapi entry takde kaitan dengan tajuk. Ini macam strategi untuk tarik pembaca ke blog kita. Saya rasa saya pun pernah buat macam ni kot? Hahaha...

Tapi bila difikirkan, tajuk memang penting tapi inti pati pun sama penting. Takkan la tajuk tentang Ikan Arowana tapi isi tentang Ayam Selama. Kan tak berkaitan tu? Haha...

Apa yang penting sekarang adalah kehendak pembaca. Blog saya ni kebanyakkan entry saya berbentuk pendapat saya. Tapi saya sedar susah nak penuhkan kehendak semua orang. So, siapa nak baca entry saya, silakan. Siapa tak nak baca, bleh pergi baca banyak blog lain.

Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah. Hehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 22, 2011

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ... (22.07.2011)

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak kongsi entry ni sebab saya rasa entry ni patut dikongsi dengan semua rakan-rakan blogger semua.


Semoga kita mendapat manfaat daripada entry pilihan ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 19, 2011

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ... (19.07.2011)

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

#1 Entry Pilihan Saya Hari Ini ...


Entry yang saya rasa patut dikongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 13, 2011

#1 ENTRY PILIHAN HARI INI (13.07.2011) ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

#1 Entry Pilihan Hari Ini ....


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 12, 2011

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

#1 Enty Pilihan Saya Hari Ini ...


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 11, 2011

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

#1 Entry Pilihan Saya Hari ini adalah ...


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BEST KE ENTRY SAYA?

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk tak boleh blah kan? Hahaha... Saya tak boleh tentukan macam mana kriteria entry best setiap orang ada citarasa berbeza. Bagi diri saya, entry yang best bila saya enjoy baca. Kadang-kadang boleh buat saya tergelak. Hahaha... Tapi tak dinafikan entry yang ada informasi pun antara pilihan saya. Penilaian yang terbaik adalah daripada korang yang sudi baca entry kat blog ni.

Kembali pada tajuk kat atas. Entry yang saya menggunakan ayat dan gaya saya sendiri. So, best ke tak best ke, saya puas hati sebab berjaya tulis satu entry.

Macam entry yang sekarang saya tengah tulis ni. Best tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 25, 2011

ENTRY SAMPAH KE?

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada terbaca satu entry satu blog ni. Tak payah la bagitau blog mana. Tak nak burukkan orang lain. Entry tu berkenaan entry sampah (tajuknya saya tak ingat...huhu).

Saya tak setuju sebab setiap entry yang ditulis oleh seseorang blogger tu adalah melambangkan keperibadian dia. Entry yang pendek tapi cerita tentang diri sendiri adalah lebih daripada entry yang di copy dan paste bulat-bulat.

Gaya penulisan seseorang blogger ni akan sentiasa berkembang. Korang cuba baca balik entry korang masa mula-mula blogging dulu. Korang mesti rasa nak tergelak kan? Saya mengaku saya sendiri bila baca entry saya masa mula-mula blogging pun tergelak besar saya.

Sekarang cuba bandingkan dengan entry-entry korang sekarang? Ada nampak perbezaan tak? Apa yang saya nak bagitau adalah gaya penulisan kita akan sentiasa berkembang. Tiada entry sampah kecuali entry copy dan paste bulat-bulat.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka