Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label main mercun. Show all posts
Showing posts with label main mercun. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

ROKOK = MERCUN = BAKAR DUIT


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Perasan persamaan antara ROKOK dan MERCUN? 

1. Rokok dan Mercun dibakar kemudian dibuang.

2. Rokok dan Mercun merosakkan orang yang hisap/main (Kes putus jari dan lain-lain).

3. Rokok dan Mercun membuatkan masyarakat sekeliling benci dan menyumpah seranah.

4. Rokok dan Mercun mengganggu ketenteraman awam.

5. Rokok dan Mercun dibeli dengan duit dan dibakar macam bakar duit.

6. Rokok dan Mercun boleh buat orang ketagih.

7. Rokok dan Mercun takde kebaikan langsung selain keburukan je.

8. Rokok dan Mercun boleh menyebabkan kebakaran (sebab dua-dua terbakar).

9. Orang yang hisap rokok ada masalah otak sebab tahu bahaya Rokok dan Mercun, tapi masih hisap/main.

10. Rokok dan Mercun keseronokan sementara saja.

Ini antara yang dapat difikirkan oleh saya. Kalau korang ada nak tambah, boleh kongsi kat ruang komen.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"YA ALLAH. INGATKAN BUDAK-BUDAK TAPI BAPAK BUDAK YANG MAIN"


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya lepak dalam kereta. Nak tengok siapa yang baling mercun dekat dengan rumah saya. Ya Allah, saya tak sangka sebab bapak budak yang main. Yang kecewanya saya, ada seekor bapak budak ni, jalan pelan-pelan dekat dengan rumah saya, pastu baling mercun yang meletup kuat tu. Pastu, makcik sebelah rumah saya pun jerit la. Bapak budak tu pun cakap:

"Nak senyap, duduk dalam hutan la"

Ya Allah, apa nak jadi dengan bangsa saya ni. Yang marah tu lagi tua dari dia. Yang sebelah lagi rumah saya tu bapa dia tak sihat sangat. Risau tiba-tiba meninggal sebab terkejut. Tapi, bapak-bapak budak ni mungkin tak pernah tengok mak bapak dorang mati sebab mercun kot?

Mak saya selalu pesan kat saya.

"Tak dapat kat dunia, nanti kat Akhirat dorang akan dapat gak nanti"

Saya sengaja nak tengok siapa yang main mercun dan mengganggu ketenteraman jiran-jiran saya. Rupanya bapak-bapak budak yang begitu bangga dengan perangai buruk dorang. Takpe. Saya dah tahu siapa. Selagi dorang tak minta maaf dengan saya, selagi itulah saya takkan maafkan dorang. Takpe, bukan luak pun maaf saya kan?

Saya tengok dengan mata saya sendiri macam mana dorang terkinja-kinja dan masa nak baling mercun dekat rumah saya. Cuma saya tak sangka makcik yang saya anggap baik pun subahat sekali. Takpe, bahagia di dunia, di Akhirat cuma Allah yang tahu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"CEPAT LA. NAK MAIN PERANG NI"


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terdengar budak-budak tengah cakap nak main perang. Terfikir gak kalau perang betul-betul, dorang nak main tak? Bunyi lagi kuat dari mercun tu. Boleh berdesing telinga. Boleh meletup betul-betul. Mesti dorang suka kan?

Dorang pasti tak takut sebab boleh main senjata api yang bunyi kuat-kuat. Tak perlu risau orang nak marah sebab bising. Lagipun yang pasti makan dan minum pun cukup. Kalau tak cukup takpe, boleh goreng dan perah air mercun tu. Lagi kuat bunyi mercun tu, lagi banyak boleh dapat kan?

Dan yang paling best bila kena tembak, mampus betul-betul. Best kan? Tak payah lagi nak buat-buat mati. Mati terus dan terus cari orang lain untuk baling bom. Boom. Mampus lagi.

Budak-budak sekarang tak pernah fikir tentang kesusahan generasi dahulu untuk berperang dan membebaskan diri dari penjajah. Yang dorang tahu, main perang-perang seronok. Baling mercun sana. Baling mercun sini. Saya yakin emak bapak yang bagi anak dorang main perang-perang ni pun tak rasa kesusahan zaman perang dulu.

Saya ngaku tak pernah rasa tapi saya baca dan hayati kisah pejuang dahulu, saya sedar dan bersyukur sebab sekarang belum lagi ada perang. Saya masih boleh berjalan di Malaysia dengan bebas. Tak perlu rasa takut. 

Korang nak ke perang meletus di Malaysia ni?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

"BILA CAKAP PERANGAI MACAM KAMPUNG ... MARAH"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tempik pun still main mercun lagi. Memang perangai betul-betul "kampung". Tak faham bahasa. Saya cuma tunggu masa je salah seorang tu putus jari ke, tangan ke. Kalau mati, lagi senang sebab saya boleh daftarkan kematian dia. Kerja saya mendaftaran kelahiran dan kematian.

Ini la orang kampung. Bila cakap perangai macam "kampung", marah. Saya pun orang kampung k? Saya tahu camne nak hormati orang lain. Sekurang-kurangnya saya tak ganggu keamanan orang lain pun. Saya tak mengumpat macam makcik-makcik yang banyak masa untuk duduk bersembang dari awal pagi sampai tengah malam mengata orang. Orang itu yang salah. Orang ini yang salah. Sebelum nak mengata tu, tengok anak sendiri dan keluarga sendiri dulu. Tengok-tengok, anak sendiri kena tangkap basah. Pernah berlaku dan saya dengar.

Tapi saya punya stail tak nak ambil port sangat. Saya anggap orang kampung sekarang tak lah berfikiran  "kekampungan" sangat. Tapi, lain plak jadinya sekarang. Tengok je berita kat TV, si polan ni terbakar muka, terputus jari dan terbakar rumah sebab main mercun. Tapi still main gak. Nak kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar kot? 

Saya tak kisah kalau main bunga api or mercun di tempat yang takde rumah orang. Kat padang pun boleh main tapi main dekat rumah orang menganggu orang nak berehat. Itulah pemikiran "kampung" sangat. 

Tengah tunggu dorang terkena kat muka or putus jari. Sabar pun dah sampai limit ni. 

Sori. Cuma luahan perasaan bengang. Saya pun asal orang kampung gak. Saya sentiasa sedar kat mana asal saya. Cuma bengang bila orang kampung yang masih berfikiran "kekampungan" lagi. Tak pernah fikir orang lain selain diri sendiri. 

Sesiapa yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat untuk melukai hati sesiapapun. Saya sayangkan Heliza Helmi saya.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka