MENARIK
YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Saya dah tempik pun still main mercun lagi. Memang perangai betul-betul "kampung". Tak faham bahasa. Saya cuma tunggu masa je salah seorang tu putus jari ke, tangan ke. Kalau mati, lagi senang sebab saya boleh daftarkan kematian dia. Kerja saya mendaftaran kelahiran dan kematian.
Ini la orang kampung. Bila cakap perangai macam "kampung", marah. Saya pun orang kampung k? Saya tahu camne nak hormati orang lain. Sekurang-kurangnya saya tak ganggu keamanan orang lain pun. Saya tak mengumpat macam makcik-makcik yang banyak masa untuk duduk bersembang dari awal pagi sampai tengah malam mengata orang. Orang itu yang salah. Orang ini yang salah. Sebelum nak mengata tu, tengok anak sendiri dan keluarga sendiri dulu. Tengok-tengok, anak sendiri kena tangkap basah. Pernah berlaku dan saya dengar.
Tapi saya punya stail tak nak ambil port sangat. Saya anggap orang kampung sekarang tak lah berfikiran "kekampungan" sangat. Tapi, lain plak jadinya sekarang. Tengok je berita kat TV, si polan ni terbakar muka, terputus jari dan terbakar rumah sebab main mercun. Tapi still main gak. Nak kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar kot?
Saya tak kisah kalau main bunga api or mercun di tempat yang takde rumah orang. Kat padang pun boleh main tapi main dekat rumah orang menganggu orang nak berehat. Itulah pemikiran "kampung" sangat.
Tengah tunggu dorang terkena kat muka or putus jari. Sabar pun dah sampai limit ni.
Sori. Cuma luahan perasaan bengang. Saya pun asal orang kampung gak. Saya sentiasa sedar kat mana asal saya. Cuma bengang bila orang kampung yang masih berfikiran "kekampungan" lagi. Tak pernah fikir orang lain selain diri sendiri.
Sesiapa yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat untuk melukai hati sesiapapun. Saya sayangkan Heliza Helmi saya.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
