KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 17, 2011

KERAJAAN MINTA RAKYAT BERSEDIA...SUBSIDI RON95 AKAN DISEMAK BULAN DEPAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sebelum ni harga minyak RON97 sentiasa naik untuk menampung kenaikan harga minyak dunia.  Kemudian, beberapa minggu lepas kita dikejutkan pula dengan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 dan Subsidi Gula mungkin akan ditarik awal tahun depan.  Saya tulis satu post berkenaan perkara ini.  Korang boleh baca kat SINI.

Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkenaan dengan Subsidi RON95 yang akan disemak bulan depan.  Kemungkinan untuk harga RON95 naik memang ada dan yang pasti untuk turun memang tak ada. Haha..ini apa yang saya sentiasa lihat berlaku.

Tapi apabila harga minyak RON95 ini naik, maka yang pasti, harga barang-barang lain akan naik.  Para peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan yang akan meningkat.  Itu statement yang selalu keluar.

Harap Kerajaan dapat mempertimbangkan kadar kemampuan rakyat sebelum ambil keputusan untuk naikkan harga minyak RON95 (kalau Kerajaan ambil keputusan naikkan harga minyak RON95).

Ini pendapat saya, kalau rakan-rakan blogger lain ada pendapat lain, boleh drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. waa...tak larat nak tanggung kalau minyak asyik naik je~nak harap public transport, tak pernah nak on time lepas tu 2 jam sekali pula tu~

    ReplyDelete
  2. dhiera: setuju sangat2...bila harga minyak dunia naik, harga barang akan naik...harga makanan akan naik..tapi harga minyak dunia turun, tak turun pun harga minyak. makin naik adalah..

    ReplyDelete
  3. harga minyak sentiasa naik..tak pernah turun pun..kerajaan berjanji palsu,,katanya minyak naik lg so terpaksa naikkan harga minyak..bila minyak turun harga takkan turun..menipu je lebih! dia tak rasa apa yg rakyat rasa..dia dpt minyak free je!

    ReplyDelete
  4. buatbest: itula..harap kerajaan fikir la dulu beban rakyat sebelum nak naikkan harga minyak..huhu..

    ReplyDelete