Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label susah komen. Show all posts
Showing posts with label susah komen. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

ISK...AWAT SUSAH SANGAT NAK KOMEN NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila saya blogwalking, saya akan baca entry dan saya semestinya nak tinggal komen. Tapi nak tinggal komen pun sangat seksa. Bukan semua blog k? Ada certain blog je. Terlalu banyak widget dan disusun di tempat-tempat yang sangat "strategik". Nak klik link "Post Commet" pun tak boleh. Asyik tertekan widget je.

Saya cuba gak nak komen tapi kalau dah terlalu lama dan banyak kali try pun, boleh fed up gak kan? Korang tak fed up? Sampai akhir, saya tekan pangkah kat atas je la. Pastu, ia akan tinggalkan first impression buruk untuk blog tu. Bila saya datang balik blog tu, saya terus jadi malas nak komen.

So, saya harap korang bolehlah tengok-tengok blog korang. Senang je. Korang try komen blog korang sendiri. Masa tu korang akan nampak sendiri sama ada senang atau seksa. Kalau senang, baguslah. Kalau seksa, korang senangkan. Sebab korang yang rugi bila tak ada komen. Bila tak ada komen, korang tak tahu camne respons pembaca terhadap entry korang. Rugi.

p/s : Bila ada komen entry saya, saya rasa hepi sangat. Thanx kepada semua yang sudi tinggalkan komen.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 9, 2011

SAYA NAK KOMEN TAPI...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kalau saya blogwalking, saya akan cuba komen entry blogger tu. Walaupun kadang-kadang tu agak susah nak komen. Saya suka komen dan tinggalkan link saya kat kotak komen korang.

Tapi yang buat saya sakit kepala adalah saya tak dapat komen blog korang. Banyak sebabnya. Saya nak bagitau ni bukan sebab nak burukkan blog korang. Blog saya pun berserabut lagi. Harap korang dapat terima teguran ni dengan hati terbuka ek? Saya tak kisah korang nak letakkan sebanyak widget kat blog korang.

Cuma...

Kalau boleh, widget korang tu janganlah tutup link untuk saya komen. Kadang-kadang dekat sepuluh minit saya cari cara nak tekan link post a comment tu. Kesian kat saya.

Pastu, tulisan link post a comment tu janganlah kecik sangat. Tak nampak dan kadang-kadang macam takde je link post a comment tu.

Kalau boleh, korang buat la popup window berasingan sebab senang skit saya nak komen. Kadang-kadang saya kena tunggu loading satu page untuk komen satu entry. Sebab banyak widget dan berat sangat. Kesian saya.

Lagi satu, kalau boleh, tak perlulah word verification sebab menyusahkan saya. Kadang-kadang dah terlalu lama berblogwalking, mata ni pun dah tak nampak huruf tu. Kalau word verification tu keluar siap-siap, takpelah. Ini lepas taip komen, bila nak post, minta plak word verification. Nak tunggu word verificatin tu dah la lama. Kadang-kadang tak kuar langsung. Kena refresh balik. Kena tunggu lagi. Kesian kat saya.

Saya tahu korang nak blog korang cantik. Tapi bagi la saya komen blog korang. Boleh kan? Sori kalau ada yang terasa. Takde niat nak sakitkan hati korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka