KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, October 28, 2010

KENDERAAN YANG TAK SEPATUTNYA BERADA DI JALAN RAYA...

Salam sejahtera semua.

Kali nie nak cite tentang kenderaan yang tak sepatutnya berada di jalan raya.  Aku selalu kena.  Aku ingat lagi masa dulu, aku nampak kenderaan nie biasanya dibawa dengan lori.  Kenderaan yang selalu membuatkan aku bengang dan buat aku maki hamun adalah :


Traktor nie (itu kot namanya) mengganggu perjalanan kenderaan lain.  Lagipun membahayakan pengguna jalan raya lain.  Antara sebab traktor nie membahayakan pengguna jalan raya lain adalah tempat pengaut kat belakang or depan traktor nie boleh terkena depan or belakang kenderaan lain.  Lagipun, kalau jalan raya tue satu hala dan kecik, traktor lagi menyusahkan pengguna jalan raya lain.  Aku tak tau sama ada pihak kerajaan benarkan traktor ini berada di jalan raya.  Nampak macam tak relevan.  Dengan keadaan kemalangan yang selalu sangat kita dengar dan baca kat newspaper, kenderaan macam nie tak sepatutnya berada di jalan raya (ini pendapat aku).  Takkan dah berlaku kemalangan baru nak beringat?


Cuba tengok gambar kat atas.  Masa nie memang aku bengang sangat-sangat.  Tengok di mana traktor nie dipandu?  Kat tengah-tengah jalan kan?  Nie boleh mengundang bahaya dan kemalangan.  Lagipun mengganggu perjalanan kenderaan lain.  Termasuk aku...hehe..

Aku dah suarakan pendapat aku.  Ada kawan-kawan kat luar sana ada pendapat yang lain?  Kalau ada, boleh la kongsi kat sini.  Drop je kat comment ye?

See you all next time.

Adioz.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment