Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, October 29, 2010

PEMBAKARAN TERBUKA...MEROSAKKAN LAPISAN OZON DAN ALAM SEKITAR!!!

Salam sejahtera semua.

Hari nie aku nak share skit tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.  Macam-macam kempen aku tengok.  Kat Supermarket, ada hari tiada beg plastik la.  Macam-macam ragam aku tengok.  Tapi, kempen yang melambak tue still masih ada orang yang tak faham bahasa kempen...tetap rosakkan alam sekitar...terutamanya lapisan ozon...

Aku tangkap gambar kat bawah nie masa aku nak gi Ipoh...nak cari buku untuk exam jabatan ari tue.  Gambar nie aku amik kat area Kampar. Aku saja test jalan ke Simpang Pulai. Hehe..Jalan-jalan, tengok permandangan..


Tengok la gambar kat atas tue. Tebal tak asap tue?  Aku tengah drive tue, tak sempat nak tangkap gambar masa dorang bakar sampah ke ape ke kat situ.  Masa tue tengah pusing selekoh dan aku nampak dorang tengah membakar sampah.

Macam-macam filem aku tengok kuar TV tunjukkan kesan rumah hijau, kepanasan yang tinggi disebabkan ketiadaan lapisan ozon dan banyak lagi.  Tak pun movie yang popular sebelum nie, 2012, tunjukkan macam mana hujan ais batu melanda Tokyo pada masa tue. Aku rasa dorang nie kena bencana tue baru nak sedar kot?  Aku tak kata aku bagus sebab asap kete yang aku bawa tue pun membahayakan orang lain dan lapisan ozon.  Tapi, pembakaran terbuka janganlah buat sebab itu lagi menghasilkan asap yang banyak.  Mencemarkan udara.  Huhu... Dah jadi pakar alam sekitar...haha...

Harap kita dapat sama-sama menjaga alam sekitar kita untuk generasi masa depan...(anak-anak kita nanti dan cucu-cucu kita nanti).

Ada pendapat lain?  Drop je kat comment.  Kita kongsi sama-sama.

Aku nak bagi 2 rangkap pantun:

Rumah terbakar nampak asapnya,
Hati terbakar siapa yang tahu.

Hehe...

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment: