Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label asal usul. Show all posts
Showing posts with label asal usul. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

"KENAPA NAK TENGOK BELAKANG?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi hujan punyalah lebat. Saya menggigil dalam selimut. Sejuk. Hehehe. Pastu dengan pantas saya pun bangun dan ambil wuduk serta Solat Subuh. Lepas tu, tidur balik. Hehehe.

Tadi intro je. Takde kaitan dengan entry pun. Korang mesti pelik dengan tajuk entry saya ni kan? Hehehe. Kasi suspen sikit.

Sebenarnya, apa yang saya nak bagitau adalah walaupun sejauh mana pun kita melangkah ke depan, kita perlu tengok balik ke belakang untuk pastikan diri kita berada pada laluan yang betul. Walaupun kita dah berjaya, kita kenalah ingat balik kesusahan yang kita hadapi sehingga kita berjaya. Dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dengan kejayaan kita. Boleh gak untuk mengelakkan perasaan bongkak dan bangga diri bertandang.

Bila kita lupa asal usul kita, kita akan sombong dan lupa diri. Bila kita dah sombong dan lupa diri, maka bertambahlah musuh kita dan orang yang tak suka kita. Disebabkan itulah kita kena sentiasa ingat asal usul kita. Sebab?

"Tanpa Masa Lepas, Takkan Ada Diri Kita Sekarang"

p/s : Orang sombong selalu rugi kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 19, 2011

SEJAUH MANA PUN KITA PERGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah pada asal usul kita. Asal usul kitalah akan meletakkan kaki kita ke bumi dan mengelakkan kita bangga diri dan takbur.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah untuk pulang ke tempat asal kita. Tempat di mana kita masih ada orang yang menunggu kepulangan kita. Sentiasa menantikan kita dengan hati yang bimbang. Ibu bapa mana yang tak bimbangkan anak-anaknya yang merantau mencari pengalaman dan rezeki?

Harap kita semua tak lupa diri dan ingat jasa serta pengorbanan orang yang membesarkan kita. Sebab tanpa dorang, tiadalah kita di muka bumi Allah ini.

p/s : Hari ini nak balik Bagan Datoh sebab cuti dah habis.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka