Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label roti besar. Show all posts
Showing posts with label roti besar. Show all posts

Monday, June 18, 2012

ISU HALAL SUBWAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kepada Yayahnasake kerana memberi komen bertanyakan tentang isu halal Subway dalam entry INI. Semasa kat restoran Subway itu, saya cuba juga cari logo Halal daripada JAKIM tapi tak nampak dan saya ingat dipamerkan di luar restoran. Di luar restoran pun tak ada.

Disebabkan ini kali pertama saya makan Subway dan dengan nervousnya masa nak buat pilihan menu makanan, saya tak perasan ketiadaan logo Halal daripada pihak JAKIM. Wife saya pun google dalam internet dan terbaca isu-isu berkaitan sijil Halal dari blog-blog dan berita.

Saya pun terus Google ke www.halal.gov.my dan klik di tab "Pengguna" serta pergi ke link "Direktori Halal Malaysia". Kemudian, saya terus klik ke link "Teruskan Carian" dan taip "Subway" dalam kotak "Maklumat Carian". Cuma Subway di area Pulau Pinang saja yang dapat kelulusan sijil Halal daripada JAKIM. Subway menyatakan dalam laman Facebook Subway Malaysia yang cawangan Subway lain dalam proses untuk dapatkan Sijil Halal JAKIM.

Memang ramai juga orang Melayu makan masa saya makan di Subway semalam. Sebab saya pun tak was-was nak try makan sebab saya fikir Subway ini sama seperti McDonald dan KFC.

Tapi, kalau korang was-was juga, tak perlu makan Subway. Makan je kat McDonald dan KFC. Yang penting, korang yakin.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 17, 2012

SUBWAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang tengah menjamah roti panjang besar (Tak tahu nak panggil apa) dengan wife saya. Dah la tak pernah makan kat Subway AEON Bukit Tinggi Klang ini sebab tu terasa diri saya jakun sangat-sangat.


Saya ingat order macam kat KFC atau McDonald tapi silap. Rupa-rupanya kita kena pilih jenis roti yang kita nak. Kemudian, kena pilih daging apa untuk diletakkan di tengah-tengah roti. Pastu, dorang panaskan dan kita kena pilih sayur dan sos apa yang kita nak.


Saya dah la first time. So, memang terkial-kial la pilih. Tapi takpe. First time memang macam ini. Lepas ini sudah semestinya saya yang paling expert. Hehehe.


"Macam rasanya?"


Entahlah. Saya rasa Mcdonald atau KFC sedap lagi. Mungkin sebab saya tak biasa makan kat Subway ini kot? Lagipun harga pun agak mahal.


Korang pernah makan kat Subway? Apa pendapat korang?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka