Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label bapa. Show all posts
Showing posts with label bapa. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

RUPANYA MACAM INILAH RASANYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak ada ada anak ini, baru saya faham beginilah rasanya ibu dan ayah saya nak membesarkan saya. Betapa susah pun dorang tak buang saya sehingga apa yang telah saya jadi hari ini. Masa kita kecil dulu, mana kita tahu apa yang telah kita buat. Menangis tak tentu pasal. Meragam sampai letih ibu dan ayah kita melayan kita.

Tapi, sehingga ke hari ini, ibu saya masih 'simpan' saya. Tak macam ibu-ibu yang saya baca di Akhbar, 'buang' anak sana sini, dera anak, hempas anak malahan bunuh anak sendiri pun ada. Padahal anak itu adalah anugerah dan tanggungjawab kita.

Ibu saya dah banyak berkorban untuk besarkan saya. Saya tahu tapi saya tak rasa. Memang mudah saya tahu dari cerita yang ibu saya ceritakan tapi macam mana rasanya? Sekarang ini baru saya tahu. Tapi, susah payah jaga anak ini akan terbalas nanti. Allah tak pernah abaikan kita. Cuma Allah hantarkan ujian kepada kita supaya kita sentiasa ingat pada Dia.

Tak cukup tidur, rasa penat, tak boleh nak buat apa dan lain-lain itu adalah lumrah bagi pasangan yang ada anak. Kepada korang yang dah ada 2, 3, 4 orang anak tu, memang saya respek sebab kalau nak jaga seorang anak pun dah pening kepala, inikan pula 2, 3, 4 orang anak kan?

Sementara Mayeesa nak membesar ini, saya nak jaga dia dan tak mahu jadi seperti ayah-ayah yang di luar sana. Menghempas anak ke sofa dan bagai-bagai. Sebab nanti Mayeesa dah besar nanti, saya dah tak boleh gomol-gomol dia macam sekarang. Sebab mesti dia akan malu dengan kawan-kawan dia.

Korang yang ada anak, hargailah anak korang tu ye? Itu rezeki korang. Ada orang tunggu bertahun-tahun tapi tak dapat seorang pun. Padahal, dari segi kewangan dan persediaan, dorang boleh dikatakan sudah bersedia. Cuma Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 18, 2012

TERSENYUM SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi status saya ke Daddy-To-Be. Nervous + Excited + Scared. Nervous sebab ini anak pertama saya dan isteri saya. Excited sebab tak sabar nak tengok dan dukung anak saya. Takut saya tak mampu untuk jadi ayah yang baik tapi saya berazam untuk jadi yang terbaik untuk anak saya.

Kadang-kadang tu, saya mengelamun tengah dukung anak saya dan anak saya senyum pada saya, tanpa saya sedari, saya tersenyum sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang, kalau tidak, malu je saya. Hehehe.

Entah kenapa jadi macam itu pula saya sekarang ini. Isk... Isk...

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 27, 2012

"DAH NAK JADI BAPA EH?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kawan-kawan cakap,

"Dah nak jadi bapa eh?"

Saya mesti secara automatik tersenyum. Tak kirala siapa pun cakap macam tu, saya mesti akan secara super spontannya tersenyum. Entah kenapa dalam hati yang dipenuhi taman bunga dan air terjun ini berbunga-bunga bila orang cakap macam itu.

Lagipun, bila orang cakap sesuatu, ia adalah doa orang itu terhadap kita. Semoga matlamat untuk menjadi bapa akan tercapai. Hehehe.

Korang tolong saya boleh tak? Tolong doakan kesihatan isteri saya dan juga sudah semestinya baby saya yang dalam perut isteri saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

MR. MAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam dengar cerita bro Ben telah masuk dalam TV. Program Nona. Tahniah kepada Bro Ben sebab mampu menjadi blogger yang ditemu bual oleh pihak media. Bukan senang tau? Biasanya dorang hanya temu bual artis-artis yang ada anak saja suatu ketika dulu.

Menjadi Mr. Mama merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang lelaki. Memang dari luar nampak mudah tapi nak melaksanakannya memang sangat payah. Harus ada kesabaran yang tinggi. Saya pun bakal menjadi seorang Ayah, Insya Allah.

"Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"

Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini. Ada pasangan tunggu berpuluh tahun dan mencuba pelbagai cara pun tak dapat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab ibu DAN bapa untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak tersebut.

Entry ini adalah luahan dari pemerhatian dan cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah.

p/s : Saya pernah rasa macam mana diabaikan tanggungjawab seorang kepada diri saya. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa dulu. Tiada kasih sayang seorang bapa.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 20, 2011

"SELEPAS 19 TAHUN, JUMPA PUN MACAM ORANG ASING"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya dapat maklumat mengenai ayah saya yang berada di Taiping daripada Bapa Saudara saya. Disebabkan adik perempuan saya nak kahwin, saya terpaksa pergi jumpa dia walaupun selepas 19 tahun dia abaikan kami. Disebabkan saya anak sulung, saya secara automatiknya adalah ketua keluarga selepas dia menghilangkan diri.


Saya tak benci dia. Cuma saya rasa dia macam orang asing. So, semalam kami banyak berbincang tentang adik perempuan saya yang nak kahwin je. Tak sembang perkara lain dah.


Emak saya pun cakap perkara yang perlu saja. Sebab masa saya jumpa ayah saya tu, dia nak tunjukkan ego dia. Sampai saya pun rasa meluat. Hahaha.


Saya doakan dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Sekarang saya lebih fokus untuk jaga emak saya. Dia boleh jaga diri sendiri sebab 19 tahun tak reti-reti nak tengok anak sendiri. Nafkah pun tak pernah bagi.


Teruk ke saya ni?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka