Kita mudah lupa. Bila kita senang, kita lupa kepada Allah. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, baru kita nak ingat kepada-Nya.
Masa kita aman, kita lupa perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang yang berperang untuk memberikan keamanan kita sekarang. Kita sibuk untuk berperang sesama sendiri untuk merebut gelaran, pangkat dan kuasa. Untuk apa? Untuk kepentingan kita sendiri. Padahal, para pejuang kita, kita biarkan kehidupan yang daif tanpa menghulurkan sebarang bantuan dan penghargaan.
Masa kita kecil, kita sentiasa bergantung harap dengan ibu dan ayah kita. Segala yang kita nak, kita minta daripada dorang. Dorang menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh. Tapi, bila kita besar dan mampu berdikari, kita lupa jasa mereka. Kita biarkan mereka terkontang kanting. Kita abaikan mereka.
Masa kita belum berjaya, kita mengata dan mencaci orang yang dah berjaya. Kata kita, dorang yang dah berjaya tu, lupa dan langsung tak pandang kita di bawah. Yang masih merangkak dan bertatih. Tapi, bila kita dah berjaya, kita sendiri langsung tak pandang orang di bawah. Kita riak dan takbur dengan kejayaan kita di dunia yang sementara ni.
Kita ini mudah lupa apabila kita dapat kesenangan dan kemewahan. Sebab kita ini cuma manusia yang penuh dengan kekurangan. Semoga kita sama-sama dapat ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa sedar siapa diri kita sebenarnya.
p/s : orang duk cakap, "Melayu Mudah Lupa". Kenapa Melayu je? Kaum lain tak pernah lupa ke?.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
orang melayu suka makan semut kot...
ReplyDeletementaliti manusia perlu diubah...dari menaliti kelas ketiga kepada kelas pertama..itu yang dilakukan bangsa lain....
ReplyDeleteBukan Melayu yang mudah lupa, manusia yang suka lupa mudah lupa hehehe
ReplyDeleteade jugak bangsa lain tapi secara majo nye melayu ramai..hmm
ReplyDeletebukan melayu jerr...semua..manusia..
ReplyDelete"Kullu insan laa yakhlu 'anil khata' wa nisyan" - setiap insan tidak akan sunyi dari kesilapan dan lupa..
jgn jadik si tanggang sudeh..
ReplyDeletedah mindset begitu...
ReplyDeletesukar diubah lagi..
melainkan diri sendiri.. :)
hope kita semua berjaya dlm bidang masing2..amin.
ReplyDeletesusa senang kne sntiasa ingt pd-NYA
ReplyDelete