Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mudah lupa. Show all posts
Showing posts with label mudah lupa. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

MANUSIA MUDAH LUPA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ini mudah lupa. Betul tak? Kita sebagai manusia ini mudah lupa dengan apa yang berlaku di depan mata ataupun kita baca di mana-mana.

Kita drive dan lalu tempat kemalangan teruk berlaku. Nampak darah di atas jalan raya. Masa itu, saya pasti kita akan terasa insaf dan mula drive slow-slow. Risau perkara yang sama berlaku kat kita kan? Tapi, selepas beberapa lama kita drive slow, kita jadi boring dan mula drive laju balik. Apa yang kita tengok semasa kemalangan tadi terus kita lupakan.

Kita pergi dengar ceramah yang buatkan air mata kita jatuh berderaian. Menangis kita teresak-esak. Habis saja ceramah tu, kita balik rumah. Kita teringat balik apa yang kita dah dengar dalam ceramah tadi. Selepas beberapa hari, kita mesti akan kembali buat perkara yang sama dan tak ingat dah apa yang kita dengar dan pelajari masa dengar ceramah itu.

Kita bukan sempurna. Kita boleh belajar dari kesilapan. Saya pun ada kalanya terlupa juga. Sebab seperti tagline blog saya, saya hanya seorang lelaki biasa yang hidup di atas muka bumi ini.

Hehehe.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Kalau korang ada pendapat lain, kongsikanlah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

KITA MUDAH LUPA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kita mudah lupa. Bila kita senang, kita lupa kepada Allah. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, baru kita nak ingat kepada-Nya.

Masa kita aman, kita lupa perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang yang berperang untuk memberikan keamanan kita sekarang. Kita sibuk untuk berperang sesama sendiri untuk merebut gelaran, pangkat dan kuasa. Untuk apa? Untuk kepentingan kita sendiri. Padahal, para pejuang kita, kita biarkan kehidupan yang daif tanpa menghulurkan sebarang bantuan dan penghargaan.

Masa kita kecil, kita sentiasa bergantung harap dengan ibu dan ayah kita. Segala yang kita nak, kita minta daripada dorang. Dorang menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh. Tapi, bila kita besar dan mampu berdikari, kita lupa jasa mereka. Kita biarkan mereka terkontang kanting. Kita abaikan mereka.

Masa kita belum berjaya, kita mengata dan mencaci orang yang dah berjaya. Kata kita, dorang yang dah berjaya tu, lupa dan langsung tak pandang kita di bawah. Yang masih merangkak dan bertatih. Tapi, bila kita dah berjaya, kita sendiri langsung tak pandang orang di bawah. Kita riak dan takbur dengan kejayaan kita di dunia yang sementara ni.

Kita ini mudah lupa apabila kita dapat kesenangan dan kemewahan. Sebab kita ini cuma manusia yang penuh dengan kekurangan. Semoga kita sama-sama dapat ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa sedar siapa diri kita sebenarnya.

p/s : orang duk cakap, "Melayu Mudah Lupa". Kenapa Melayu je? Kaum lain tak pernah lupa ke?.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka