Memang menarik cerita ni. Korang rasa korang nak ke menantu macam ni?
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
p/s : Nak berlakon warak pun kenalah bijak. Kan? Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
aigooooo
ReplyDeletex tahu jgn la wat2 tahu kan
ayoooo
hahaha..bagus pnye menantu..
ReplyDeletehahaha..kan dah kantoi.. laen kali jujur jew.. kih3
ReplyDeleteerr..kalu bnda basic pon x taw mmg x la kn jwb nye
ReplyDeleteBenda asas kena tahu.
ReplyDeleteMacam mana nak jadi bapa nanti.
siapa la si mamat ni ye..?
ReplyDeletekihkihkih..boleh lak macam tuh..adoyaii..
ReplyDeletehaha..malu je
ReplyDeleteitulah kan..nak buat suami kena tgk latar belakang jugak..huhu
ReplyDeleteYa Allah..bongek sngguh..
ReplyDeletemamat ni mmg la nk kena mkn kaki kan....wahahaha...
ReplyDeletekpd mohd naser...sila baca entri saya ini...wajib...kerana saya terselitkan nama anda untuk entri ini...hihi
http://anisaida97-hidupkuduniaku.blogspot.com/2011/10/ben-ashaari-dan-rakan-blogger.html
laaaa....mesti bpk mertua die garu kopiah
ReplyDeletebiasa jumpa budak2 kat kelas akak yg kantoi meniru, nak meniru pun buatlah cr bijak meniru orang bodoh memanglah kantoi sebab cikgu2nya super bijak... he hehe..
ReplyDelete