Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, October 3, 2011

"A ATAU B?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti pernah tengok papan notis yang suruh kita pilih gerai atau restoran yang berpelekat A dan B kan?

A maksudnya gerai atau restoran yang sangat bersih. B plak maksudnya gerai atau restoran yang bersih. Tapi kita kena faham, definisi bagi setiap orang berbeza. Ada yang begitu teliti dengan kebersihan. Kadang-kadang gerai Gred A pun belum tentu dapat puaskan hati dia. Ada yang bagi dia, Gerai Gred B pun dah cukup bersih.

Tapi kita pasti ke pelekat Gred yang dilekatkan di gerai atau restoran tu boleh dipercayai? Kalau camtu, setiap gerai kat tepi kena la lekat pelekat Gred Kebersihan la ek? Hahaha. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada individu tersebut untuk tentukan tempat tu bersih atau tidak pada dia.

So, pendapat korang camne plak?

p/s : Kat kedai mamak pun dah ada pelekat Gred Kebersihan ni.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

18 comments:

  1. ala pelekat tu boley buat sndri kot:P

    ReplyDelete
  2. aaa...betul tu akak sokong, kakak pun macam tu, bersih pada pandangan kakak, dan keselesaan pada kakak, kat situlah kakak makan

    ReplyDelete
  3. tak..ahaks...pernah makan kat satu kedai ni..
    ok bleh la gred B...kire bersih lah kan..
    sekali teliti betol2 yg tu tahun 2008 nyer..erk...depa x update. tp dah selamat duduk n order..makan jer lah..:P
    ~~

    ReplyDelete
  4. kalau tengok dr segi pemerhatian pun dah tak suka, tak leh gak. kebersihan memang penting.

    ReplyDelete
  5. Antara A, B dan C... memang pelekat nieh akan saye pandang bile masuk KFC,McD, Pizza and seangkatannye... tapi mase order(time line up) duk jenguk2 kat belakang bersih macm mane, and org yang masak tuh bersih ke tak, kekdng serabut ngan tepung n etc...

    if g kedai makan, tgk pemkaian org tuh, if selekeh jerk...huh..out ar rase nk mkn, pastu cre die jge hidngan lauk2nye, cawan yg digune, pinggan berminyak tak and diorng pakai penutup kepale ke tak time masak...nnti mesti ade rambut2 sesat kat makanan...eeeee...

    *thats all..heheh

    ReplyDelete
  6. banyak kedai mamak dah ada pelekat ni dan kebanyakan bergred "Super A"..tapi bila masuk tandas,tak jadi nak buang apa yang terbuku T_____T

    ReplyDelete
  7. nurpiska : betul tu. hehe.

    Yatie : pelekat tu sebagai tambahan je. yg penting pandangan kita. hehe.

    shida : kena hati2 gak. lagipun, kalau jadi cam kes shida, maknanya takde penguatkuasaan dibuat la. ataupun dorang buat keje macam melepaskan batuk di tangga ofis sendiri je. hehe.

    peah : betul tu. kita nak makan kat tempat tu, kalau dah kotor sangat, takkan kita nak makan kat situ gak kot? kan?

    Noriko : wah..teliti sungguh. bagus2.

    kimie : pelekat tu buat syarat je kot? hehehe.

    ReplyDelete
  8. yang tak berapa nk bersih pn dapt pelekat A..
    haihh mcm mne tu..

    ReplyDelete
  9. senang citer kita tgkpada tukang masak o tuan kedai tuh..
    hehehe..lau gerai A pown, dapat A, tpi hengus meleleh x der gunanya.. hehehe..tol x??

    ReplyDelete
  10. huuuu
    ssh pilihan niiii
    kalo koto terlampo walau sedap pon x lalu jugak
    sedg2 okeh la kot =]

    ReplyDelete
  11. Han : tak tau la. penguatkuasaan tak telus kot?

    Thania : betul tu. kalau tukang masak asyik terbersin dan terbatuk je, nak makan ke makanan yg dia masak tu?

    aimie amalina : betul tu. nak makan camne dalam keadaan kotor kan?

    ReplyDelete
  12. ehehehe x penah tgk pelekat tu..tgk bersih je trus duduk order mkn ;p

    ReplyDelete
  13. bersih bergantung pada penilain sy sendiri juga

    ReplyDelete
  14. cik gugu : awak ni kira jenis tak tengok sekeliling ni. hehe.

    wen : betul2. ikut penilaian kita sendiri. sebab kita yang nak makan kan?

    ReplyDelete
  15. kt kedai mkn area tmpt ana ni pon ade gak tempek pelekat gred camtuh..tp ade je yg tempek B even ana tak rasa pun dia bersih sampai tahap bleh dpt B tu..mmg konfem ana x mkn situ pun la..hahaha pdn muka dia :P





    jiran nasz,
    ana :)

    ReplyDelete
  16. anamizu : kita nak makan, so, kita tentukan sendiri mana kita nak makan kan? hehehe.

    ReplyDelete
  17. kdg x smestinya plekat A tu bersih sgt...
    sbb pernh mkn kat 1 restorn fast food yg berwajah atuk pun ada anak lipas berkeliaran....:(

    ReplyDelete
  18. QasehCinta : betul tu. kadang2 tu saya nampak anak lipas siap parking sebelah tempat nak amik straw kat kaunter lagi.

    ReplyDelete