Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, October 17, 2011

"TOLONGLAH JADI PENJAMIN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini kisah yang saya dengar dari salah seorang kakitangan saya. Bagi saya, boleh dikongsi dan paling penting boleh ditulis sebagai satu entry. Inilah saya. Kalau ada idea dan kisah yang menarik, terus saya nak tulis. Kadang-kadang tu sampai ada 2,3 kisah dan idea datang serentak untuk ditulis.

Menurutnya, sekarang si dia ni dah pakai kereta mewah. Kerja sebagai cikgu. Kalau jumpa tepi jalan atau kat mana-mana pun, pandang sebelah mata pun tak nak. Fikir diri tu besar dan dah berjaya. Tapi, disebalik kejayaan si cikgu ni, ada kisah menarik.

Kata kakitangan saya ni, masa cikgu ni nak belajar, si cikgu ni merayu pada dia untuk jadi penjamin bagi pinjaman pelajaran si cikgu ni. Mulanya, kakitangan saya ni tak nak la jadi penjamin. Bukan senang jadi penjamin. Kalau tak bayar nanti, penjamin kena bayar. Tapi, disebabkan cikgu ni dah merayu-rayu. Kata kakitangan kerajaan jadi penjamin senang dapat pinjaman pelajaran. Kakitangan saya ni pun akur dan jadilah penjamin.

Tapi, tengoklah sekarang ni macam mana? Memang si cikgu ni bayar setiap bulan. Tapi, bagi saya, kakitangan ni dah tolong masa si cikgu ni nak mohon pinjaman pelajaran untuk belajar dulu. Sekurang-kurangnya hormat dan tegurlah bila jumpa kat luar.

Macam kata pepatah, "Kacang Lupakan Kulit".

Inilah manusia, bila dah senang, dilupakan semua orang yang pernah bantu dia. Bukan nak memburukkan cikgu ni tapi sebagai ingatan kepada diri saya sendiri dan kita semua. Kakitangan saya ni bukan minta duit pun. Cuma harap dihargai.

Kalau korang kat tempat kakitangan saya ni, apa korang akan rasa?

p/s : Saya pun bukan baik sangat. Saya tak kata saya ni baik. Tapi saya ada kata saya akan cuba jadi yang terbaik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. tersenarai

    http://mustwaniekl.blogspot.com/2011/10/blog-yang-cikeyboomm-2.html

    ReplyDelete
  2. mmg bab "KACANG LUPAKAN KULIT" ni sgt ramai dah.. manusia jns tak reti nak ingt mase susah sape yg tolong.. bile dah duduk atas terus lupe DARATAN..byk ke LAUTan sgt lettew =P






    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  3. btol la 2..kalu sy kt tmpt kakitangan awk,,mst sy rase cdey..yela,,kte da tlg,,dye lpe pulak jasa kte

    ap2 pon,,smoga kte x jd cm2 :)

    ReplyDelete
  4. eee!!! xsuka org mcm nie mmg kacang lupakan kulit!!!!

    ReplyDelete
  5. abah saya pernah menjadi penjamin (MARA)kepada sedara, sanggup si bapak tu turun dari Pahang semata2 nak my dad jadi penjamin pertama.bila anak dia habis study, tak reti2 nak bayar balik loan tu..nyaris my dad di isytihar muflis...saya pernah bertindak bg surat warning secara kekeluargaan suh anak dia yang bijak tapi tak berhati perut tu bayar..walhal MARA lebih telus dari pihak len...

    ReplyDelete
  6. tu lah kacang lupekan kulit.. bruntung lah ade yg sudi menolong mase susah..

    ReplyDelete
  7. bila susah baru nak cari kita..bila da senang tak ingat langsung...hurmm...

    ReplyDelete
  8. tu la manusia, kdg2 bila dah berjaya terus lupa org yg bnyak memnbtu,, lupa jasa org2 sekeliling ...

    ReplyDelete
  9. agak bahaya pada hamba jika merelakan diri jadi penjamin yang bukan ahli keluarga terdekat kita

    ReplyDelete