MENARIK
YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Saya dah tempik pun still main mercun lagi. Memang perangai betul-betul "kampung". Tak faham bahasa. Saya cuma tunggu masa je salah seorang tu putus jari ke, tangan ke. Kalau mati, lagi senang sebab saya boleh daftarkan kematian dia. Kerja saya mendaftaran kelahiran dan kematian.
Ini la orang kampung. Bila cakap perangai macam "kampung", marah. Saya pun orang kampung k? Saya tahu camne nak hormati orang lain. Sekurang-kurangnya saya tak ganggu keamanan orang lain pun. Saya tak mengumpat macam makcik-makcik yang banyak masa untuk duduk bersembang dari awal pagi sampai tengah malam mengata orang. Orang itu yang salah. Orang ini yang salah. Sebelum nak mengata tu, tengok anak sendiri dan keluarga sendiri dulu. Tengok-tengok, anak sendiri kena tangkap basah. Pernah berlaku dan saya dengar.
Tapi saya punya stail tak nak ambil port sangat. Saya anggap orang kampung sekarang tak lah berfikiran "kekampungan" sangat. Tapi, lain plak jadinya sekarang. Tengok je berita kat TV, si polan ni terbakar muka, terputus jari dan terbakar rumah sebab main mercun. Tapi still main gak. Nak kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar kot?
Saya tak kisah kalau main bunga api or mercun di tempat yang takde rumah orang. Kat padang pun boleh main tapi main dekat rumah orang menganggu orang nak berehat. Itulah pemikiran "kampung" sangat.
Tengah tunggu dorang terkena kat muka or putus jari. Sabar pun dah sampai limit ni.
Sori. Cuma luahan perasaan bengang. Saya pun asal orang kampung gak. Saya sentiasa sedar kat mana asal saya. Cuma bengang bila orang kampung yang masih berfikiran "kekampungan" lagi. Tak pernah fikir orang lain selain diri sendiri.
Sesiapa yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat untuk melukai hati sesiapapun. Saya sayangkan Heliza Helmi saya.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
Sab02.. Biase la tu.. Kdg2 smpai TERd0a yg x el0k sbb geram sgt pny psl..
ReplyDeleteerr.. mengata orang memang pandai. bila dah terkena batang hidung sendiri, baru reti diam. huhu
ReplyDeletesebab depa rasa depa betol la tuh..huhu...
ReplyDeletermai an ptus jari skunk..
ReplyDeletesakit telinga ja men mercun ni..lau mercun yg masa sambutan apa2 tu xpe la..chantek je tgk
ReplyDeletemcm nilaa org pemikiran "kampung" yang terlalu "kampung"
ReplyDeleteentahlah, selagi Ramadhan dan syawal belum berakhir, inilah yang terpaksa kita hadapi, dan inilah kesabaran kita teruji, untuk hadapi kesabaran yg tinggi perlu ada dalam diri, kakak sendiri pun dah tak peduli orang main mercun ni...lagi kita marah, mako=in sakit hati kita, kita pula tak tenteram...
ReplyDeletepahal pulak Heliza keluar ni...hihih
emm tu la, main mercun menyusahkan org plak tu...geram btul.!
ReplyDeletekesian org kampung, ko samakan dia dgn perangai org bodoh.. apa hina sangat ke org kampung tu? ingat org kampung tu bodoh sangat ke? tak baik tau..
ReplyDeleteRai: saya tak hina dorang sebab saya pun orang kampung gak. tapi saya hina perangai dorang sebab dah tegur tapi still buat lagi. kalau tak kena kat batang hidung sendiri, kita tak rasa. cuba bayangkan, tiba-tiba mercun terkena tangki minyak kete kita dan meletup kete kita. dorang bleh buat apa? yang menghairankan, depan rumah dorang, tak nak plak dorang main mercun. kete mak bapak dorang tak pula dibaling mercun. ini perangai baik ke? saya bukan samakan orang kampung ni orang bodoh, sebab kalau saya samakan, saya pun orang bodoh gak. cuma perangai "kampung" yang tak tahu menghormati orang lain ni la yang menyakitkan hati. ada gak orang kampung yang saling hormat menghormati. sori. entry luahan rasa je. hehe.
ReplyDeletebetul jugak cakap owner blog ni. cuba kalau tangan anak tu terputus, mercun masuk mata. masa tu ke nak menyesal?. dah terlambat kan? teruskan perjuangan! hehe
ReplyDeletehish..nape nak sori pulak nasz.. saya bukan apa.. tapi terms kampung atau kekampungan tu bagi saya dah tak boleh dah nak guna sekarang ni..sensitif bak kata org..hehehe..org kampung jauh lagi baik dari diorg yg tak reti bahasa main mercun tengah malam buta tu.. masa kecik..kalau main mercun lebih pukul 10 malam pun kena piap ngan mak..huhu..
ReplyDelete