Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, October 18, 2011

"SIAPA KATA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah dengar lagu Selena Gomez - Who Says?. Terus dapat idea nak tulis entry ni. Hehehe. Pelik kan saya ni.

Siapa kata korang tak cantik? Sebenarnya korang lebih cantik pada pandangan orang yang sayangkan korang. Kecantikan bukan diukur dengan rupa paras ataupun susuk badan je. Kecantikan yang lebih baik wujud dalam diri korang sendiri. Seketul daging dalam diri korang tu, kalau busuk, busuklah korang. Kalau wangi, wangilah korang. Daging itu adalah hati korang.

Siapa kata korang tak pandai? Sebenarnya korang memang pandai walaupun korang tak tahu apa kepandaian korang. Tapi, nanti korang akan sedar gak kepandaian korang. Kepandaian bukan diukur dengan menjawab soalan peperiksaan atau kuiz. Tapi, macam mana korang sesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah.

Siapa kata korang tak berguna? Sebenarnya berguna atau tidak itu bergantung kepada minda korang. Kalau minda korang fikir korang tak berguna, maka tak bergunalah korang. Padahal, kalau korang mampu set minda korang untuk mengatakan korang sangat berguna, maka sangat bergunalah korang.

Siapa kata korang tak boleh jadi diri sendiri? Sebenarnya bila korang jadi diri sendiri, korang akan lebih gembira. Bila korang jumpa seseorang yang boleh terima diri korang yang sebenarnya, korang akan lebih gembira. Korang gembira ke bila terpaksa berlakon jadi orang lain?

Orang boleh kata macam-macam. Tapi yang tentukan siapa kita adalah diri kita sendiri. Minda kita yang akan tentukan diri kita sebenarnya. So, apa korang kena buat sekarang? Set minda korang.

p/s : Suka lagu Selena Gomez - Who Says? ni. Ada banyak mesej baik. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

16 comments:

  1. sya mmg cantik.. hehehe perasan la pulak kan?

    ReplyDelete
  2. positive mindset tue yg paling penting!

    ReplyDelete
  3. pada hamba..cukuplah sekadar low profile..terlebih nanti ada pula yang tidak puas hati dan berhasad dengki

    ReplyDelete
  4. yup! ciptaan Allah cantik2 blaka kan...hehehe

    ReplyDelete
  5. orang kata tu,maknanya kita ni lebih baik dr diorang..

    ReplyDelete
  6. betul tu,,
    oleh itu hargai lah diri sendiri dengan apa yg kita miliki ;)

    ReplyDelete
  7. hihi.....

    tag abg nasz :

    http://qasehcinta88.blogspot.com/2011/10/segmen-kids-lerra-apabila-bosan-melanda_18.html

    ReplyDelete
  8. stuju sgt .. jdi dri sndiri yakin dgn diri sndiri :)

    ReplyDelete
  9. Salam;
    kita sendiri yang tentukan siapa kita..dan jangan bandingkan kita dgn org lain,masing2 ada kelebihan dan kelemahan.

    ReplyDelete
  10. kekekeke
    cek nazs
    same pulak cite ase
    dulu pnh buat entri pasal lagu ni gak
    hihihihi =]

    ReplyDelete
  11. "im not beauty Queen,im juz beautiful me..nanananana~" =P






    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete