Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label lupa diri. Show all posts
Showing posts with label lupa diri. Show all posts

Monday, October 17, 2011

"TOLONGLAH JADI PENJAMIN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini kisah yang saya dengar dari salah seorang kakitangan saya. Bagi saya, boleh dikongsi dan paling penting boleh ditulis sebagai satu entry. Inilah saya. Kalau ada idea dan kisah yang menarik, terus saya nak tulis. Kadang-kadang tu sampai ada 2,3 kisah dan idea datang serentak untuk ditulis.

Menurutnya, sekarang si dia ni dah pakai kereta mewah. Kerja sebagai cikgu. Kalau jumpa tepi jalan atau kat mana-mana pun, pandang sebelah mata pun tak nak. Fikir diri tu besar dan dah berjaya. Tapi, disebalik kejayaan si cikgu ni, ada kisah menarik.

Kata kakitangan saya ni, masa cikgu ni nak belajar, si cikgu ni merayu pada dia untuk jadi penjamin bagi pinjaman pelajaran si cikgu ni. Mulanya, kakitangan saya ni tak nak la jadi penjamin. Bukan senang jadi penjamin. Kalau tak bayar nanti, penjamin kena bayar. Tapi, disebabkan cikgu ni dah merayu-rayu. Kata kakitangan kerajaan jadi penjamin senang dapat pinjaman pelajaran. Kakitangan saya ni pun akur dan jadilah penjamin.

Tapi, tengoklah sekarang ni macam mana? Memang si cikgu ni bayar setiap bulan. Tapi, bagi saya, kakitangan ni dah tolong masa si cikgu ni nak mohon pinjaman pelajaran untuk belajar dulu. Sekurang-kurangnya hormat dan tegurlah bila jumpa kat luar.

Macam kata pepatah, "Kacang Lupakan Kulit".

Inilah manusia, bila dah senang, dilupakan semua orang yang pernah bantu dia. Bukan nak memburukkan cikgu ni tapi sebagai ingatan kepada diri saya sendiri dan kita semua. Kakitangan saya ni bukan minta duit pun. Cuma harap dihargai.

Kalau korang kat tempat kakitangan saya ni, apa korang akan rasa?

p/s : Saya pun bukan baik sangat. Saya tak kata saya ni baik. Tapi saya ada kata saya akan cuba jadi yang terbaik.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

KITA MUDAH LUPA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kita mudah lupa. Bila kita senang, kita lupa kepada Allah. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, baru kita nak ingat kepada-Nya.

Masa kita aman, kita lupa perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang yang berperang untuk memberikan keamanan kita sekarang. Kita sibuk untuk berperang sesama sendiri untuk merebut gelaran, pangkat dan kuasa. Untuk apa? Untuk kepentingan kita sendiri. Padahal, para pejuang kita, kita biarkan kehidupan yang daif tanpa menghulurkan sebarang bantuan dan penghargaan.

Masa kita kecil, kita sentiasa bergantung harap dengan ibu dan ayah kita. Segala yang kita nak, kita minta daripada dorang. Dorang menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh. Tapi, bila kita besar dan mampu berdikari, kita lupa jasa mereka. Kita biarkan mereka terkontang kanting. Kita abaikan mereka.

Masa kita belum berjaya, kita mengata dan mencaci orang yang dah berjaya. Kata kita, dorang yang dah berjaya tu, lupa dan langsung tak pandang kita di bawah. Yang masih merangkak dan bertatih. Tapi, bila kita dah berjaya, kita sendiri langsung tak pandang orang di bawah. Kita riak dan takbur dengan kejayaan kita di dunia yang sementara ni.

Kita ini mudah lupa apabila kita dapat kesenangan dan kemewahan. Sebab kita ini cuma manusia yang penuh dengan kekurangan. Semoga kita sama-sama dapat ingat mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa sedar siapa diri kita sebenarnya.

p/s : orang duk cakap, "Melayu Mudah Lupa". Kenapa Melayu je? Kaum lain tak pernah lupa ke?.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 7, 2011

SENTIASA BERPIJAK DI BUMI...

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Manusia ni ada jika terleka sikit, mesti kita akan berada di awang-awangan. Kenapa? sebab kita suka hidup dalam dunia mimpi daripada realiti. Kadang-kadang kita tengok orang tu kaya raya, tapi kita tak tahu macam mana kehidupan sebenarnya. Tapi, kita tak boleh salahkan dorang sebab dorang macam tu termasuk diri saya sendiri. Huhu...

Berpijak di bumi nyata boleh sentiasa ingatkan siapa diri kita sebenar.  Walau setinggi mana pun pangkat kita, kita kena ingat asal usul diri kita. Dari  mana kita datang? Dengan siapa kita berkawan sebelum ini? Walaupun selepas sekian lama tak berjumpa dan kita dah pegang jawatan yang cukup gah di mata dunia sekalipun, kita jangan lupakan asal usul kita. Kalau kita lupa, kita akan jadi lupa daratan dan mula sombong dengan kekayaan kita.

Kena ingat, kekayaan kita itu hanya pinjaman saja.  Bila-bila masa pun Allah boleh tarik balik. So, bila kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata, kita akan sedar siapa diri kita sebenar dan takkan lupa daratan.

Betul tak? Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka