Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label pelarasan gaji. Show all posts
Showing posts with label pelarasan gaji. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

GAJI NAIK? HARGA BARANG NAIK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bajet 2012 telah diumumkan Jumaat lepas. Alhamdulillah. Dapat gak kenaikan gaji dan bonus setengah bulan gaji. Cuma yang merisaukan saya nanti adalah seperti tahun-tahun sebelum ni, bila gaji kakitangan awam naik, harga barang pun akan melonjak naik. Macam dah jadi trend plak.

Teringat dulu, sekilo gram gula putih cuma RM1.20, sekarang ni dah menjangkau RM2.00 lebih rasanya. Saya jarang guna gula di rumah. Gula yang ada kat rumah saya sekarang pun adalah yang 6-7 bulan yang lepas. Hehehe. Biasalah, saya duk rumah sewa sorang-sorang je. So, kalau saya lapar, saya makan megi atau roti je.

Harap saya Kerajaan dapat elakkan kenaikan harga barang akibat kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk tahun depan. Sebab, kalau harga barang naik, takde maknanya harga gaji naik. Kadang-kadang harga barang naik lagi tinggi dari gaji. Lagipun, rakyat yang kerja di kampung pun akan terkena tempiasnya. Dorang tiada kenaikan gaji.

Apapun yang akan terjadi tahun depan, kita tunggu dan lihat saja. Harap Kerajaan dapat kawal harga barang supaya tiada kenaikan yang akan membebankan rakyat.

p/s : Teringat dulu sebiji kuih baru 20 sen. Sekarang 40 sen pun ada.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 22, 2011

BONUS LUMAYAN ATAU PELARASAN GAJI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terjah blog CEUPACS jap. Terbaca artikel mengenai akan ada pemberian Bonus Lumayan atau Pelarasan Gaji. Kalau diberi pilihan, saya nak pelarasan gaji sebab gaji setiap bulan dapat. Kalau bonus, sekali je.

Tapi kalau ikut tamak haloba saya, saya nak dua-dua. Hehehe. Tapi tak kisah la. Dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, pasrah je la.

Tapi kalau ada pelarasan gaji, saya harap sangat harga barang tak naik. Walaupun pelarasan gaji yang dibuat taklah seberapa tapi barang naik dengan alasan gaji kakitangan awm naik. Pastu macam mana orang yang kerja sendiri di kampung dan sektor swasta? Harap sangat dorang yang terlibat ambil kesempatan untuk naikkan harga barang harian. Pihak Kerajaan pun perlu ambil tindakan hal macam ni sebab kenaikan harga barang akan menyusahkan semua orang.

Bajet 2012 dengar khabar akan diumumkan pada 7hb Oktober 2011. Kita tunggu dan lihat je la.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka