Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label bonus setengah bulan gaji. Show all posts
Showing posts with label bonus setengah bulan gaji. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

GAJI NAIK? HARGA BARANG NAIK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bajet 2012 telah diumumkan Jumaat lepas. Alhamdulillah. Dapat gak kenaikan gaji dan bonus setengah bulan gaji. Cuma yang merisaukan saya nanti adalah seperti tahun-tahun sebelum ni, bila gaji kakitangan awam naik, harga barang pun akan melonjak naik. Macam dah jadi trend plak.

Teringat dulu, sekilo gram gula putih cuma RM1.20, sekarang ni dah menjangkau RM2.00 lebih rasanya. Saya jarang guna gula di rumah. Gula yang ada kat rumah saya sekarang pun adalah yang 6-7 bulan yang lepas. Hehehe. Biasalah, saya duk rumah sewa sorang-sorang je. So, kalau saya lapar, saya makan megi atau roti je.

Harap saya Kerajaan dapat elakkan kenaikan harga barang akibat kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk tahun depan. Sebab, kalau harga barang naik, takde maknanya harga gaji naik. Kadang-kadang harga barang naik lagi tinggi dari gaji. Lagipun, rakyat yang kerja di kampung pun akan terkena tempiasnya. Dorang tiada kenaikan gaji.

Apapun yang akan terjadi tahun depan, kita tunggu dan lihat saja. Harap Kerajaan dapat kawal harga barang supaya tiada kenaikan yang akan membebankan rakyat.

p/s : Teringat dulu sebiji kuih baru 20 sen. Sekarang 40 sen pun ada.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

"ALHAMDULILLAH, DAPAT JUGA"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi baca Berita Harian Online, terus terkejut sebab ada berita gembira untuk saya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Dapat gak bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500. Tahun lepas dapat RM500 pun dah bersyukur sangat. Kali ini dapat lebih sikit.

Insya Allah akan dapat pada pertengahan bulan Ogos ni. Rezeki. Terima kasih banyak-banyak.

Korang boleh baca berita penuh di SINI.

Mood: Happy!

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka