Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Saya pun baru dapat tahu tengah hari tadi. Ternampak kawan saya post status di Facebook berkenaan kenaikan Gaji penjawat awam termasuk Elaun Perumahanan. So, saya pun cuba nak cari tapi MV ada update blog tentang perkara ini. So, saya baca dari blog dia dan terus ke sumber berita inilah.
"Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan."
Perkara ini belum disahkan lagi. Selagi belum keluar apa-apa penyataan, kita dengar je la. Sebab kadang-kadang masa umumkan perkara sebegini, memang nampak cantik. Tapi, masa nak laksanakan nanti, dah nampak tak cantik dah. Contoh yang paling terdekat, Skim Gaji Baru yang ditolak oleh semua penjawat awam tahun lepas.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka