Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tak suka. Show all posts
Showing posts with label tak suka. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

"UNFOLLOW?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya terpandang jumlah follower saya. Dah kurang satu. So, saya rasa dah ada blogger yang unfollow saya. Takpelah. Saya tak marah pun. Mungkin dia tak suka blog saya ni. Ataupun, dia cuma harap bila dia follow saya, saya akan follow dia balik. Macam :

"I follow you, You follow back"

Saya tak kisah pun follow blog mana pun. Walaupun seteruk dan seberat mana pun blog tu, lama-lama owner tu akan sedar dan ringankan blog dia. Saya pernah jumpa blog yang mula-mula dulu saya follow, memang loading pun susah. Lepas beberapa lama, blog tu dah senang loading. Makin ringan. Mungkin owner tu dah belajar sesuatu untuk mudahkan pembaca terjah blog dia.

Mungkin ada hasil penulisan saya ni terkena kat batang hidung dia sendiri kot? Padahal, seingat saya langsung tak sebut nama sesiapa pun dalam setiap entry saya. Kalau terasa, nak unfollow, silakan. Saya tak nak paksa follow saya kalau tak suka blog saya.

Biarlah orang nak follow saya sebab suka blog saya. Suka baca entry merapu dan merapan saya. Hehehe.

Tak gitu?

p/s : Fikir positif je la. Mungkin orang tu dah remove blog dia sebab dah give up dengan blogging ni. Mungkin gak kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 13, 2011

"PLEASE...JANGAN PAKSA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya cukup pantang kalau orang duk paksa-paksa saya. Contohnya, kalau pergi mana-mana shopping complex, ada promosi untuk buat credit card. Kadang-kadang dorang suka paksa. Saya ni plak dah ada credit card (Maybank 2 Card Gold dan AEON). So, memang saya dah tak nak tambah card credit dah. Tapi, dorang mesti kata card credit dorang paling bagus la, terbaik la.

Memang nampak bagus bila dah guna dan tak dapat bayar, pandai plak cari dan suruh bayar. Saya guna credit card untuk isi minyak dan beli barang untuk installment je. Tapi selalunya isi minyak je. Senang. Hehehe.

Agen insuran pun sama. Kadang-kadang datang ofis masa busy, pastu nak buat taklimat pasal insuran. Bukan saya tak nak, tapi saya dan kakitangan memang dah ada insuran. Lagipun, masa tu busy sangat dan kakitangan saya tak sampai 10 orang pun. Macam tak perlu je. Tapi, dorang mesti nak paksa cara halus. Insuran yang saya guna tak bagus la, itu la, ini la.

So, please...jangan paksa saya kalau saya tak nak. Kalau saya nak, secara automatiknya saya akan pergi dengar apa dorang nak cerita. Hehehe.

p/s : Credit Card terbaik adalah yang guna tak payah bayar dan Insuran terbaik adalah yang cover free. Wujud ke? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 11, 2011

BILA DAH TAK SUKA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ni saya tak ingat macam mana rasanya bila orang dah tak suka kita layan kita sambil lewa je. Bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru padan muka saya. Tapi saya pun pernah buat macam tu kat orang lain suatu ketika dulu. Memang masa tu saya tak tahu macam mana perasaan dorang. Sekarang dah tahu.

Saya tak boleh salahkan orang gak sebab saya pun ada salahnya. Orang yang cantik mesti ramai orang suka kan? Sama gak dengan orang yang hensem. Tapi saya hairan dulu saya biasa je tapi ada plak ramai nak. Hahaha. Terperasan plak. Sila muntah baja organik ye? Boleh bantu industri pertanian negara kita. Hehehe.

Apa yang perlu kita buat kalau kena macam ni? Kena sabar dan sabar dan sabar. Terima seadanya sebab itu keputusan dia. So, dia yang akan rugi. Kan? Anggap je ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.

Tak payah nak pergi buat benda-benda tak masuk akal. Bunuh diri la. Terjun laut la. Overdose la. Kelar pergelangan tangan la. Dan bagai-bagai lagi yang korang boleh isikan.

p/s: tulis senang, nak buat nanti?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 18, 2011

"DAH LIKE BELUM?"


Let's stay connected on the go.
Get addicted gaming to win your share of RM25,000!

What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ni jenis tak suka dipaksa atau dalam bahasa saya, push saya untuk buat satu perkara yang saya tak suka. Saya akan buat kalau saya suka je. Bukan saya nak menyombong tapi bila kita buat perkara yang kita tak suka buat, hasilnya pun hancur gak sebab kita buat tak sepenuh hati.

Baru-baru ni ada rakan facebook minta saya like satu artis ni. Tapi masalahnya saya tak minat artis tu. So, saya biarkan je. Tapi, selang beberapa minit, dia hantar chat kat saya.

"Dah like belum?"

Pastu buat icon muka masam. Kenapa perlu paksa saya? saya tak minat la kat artis yang dia suruh like tu. Kalau saya minat, saya akan like la. Tak perlu paksa orang. Biar orang tu dengan rela hati like artis tu. Geram gak masa tu tapi saya buat tak tau je. 

Saya nak buat apa yang saya suka. Tak nak buat apa yang saya tak suka. So, saya suka makan. Saya makan. Saya tak suka hisap rokok sebab buang/bakar duit. So, saya tak hisap rokok. 

Korang suka buat apa yang korang tak suka?

Wassalam.

-NASZ- 

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 14, 2011

"TAK SUKA ORANG SCREEN SHOT BLOG SAYA"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah berblogwalking, terjumpa satu blog dan entry yang berbaur kemarahan. Saya dengan penuh debaran kerilexan membaca entry tu. Owner blog tu tak puas hati ada orang screen shot blog dia. Saya ada buat screen shot blog rakan-rakan blogger lain untuk buat entry pilihan harian saya. Niat saya cuma nak kongsi entry pilihan saya dengan blogger lain dan saya tak lupa untuk letak link entry blog tu dengan tujuan nak promote blog tu.

Dalam entry tulisan owner ni, dia cuma beritahu yang dia tak suka orang screen shot blog dia. Ada gak dia bagitau dia tak suka blog dia orang buat screen shot untuk apa sebab sekalipun. Kalau dia tak nak sangat orang screen shot blog dia, setting blog dia cuma orang yang dia invite je boleh view. Senang cerita.

Mungkin masa dia tulis entry tu, dia tengah marah yang mengalahkan gunung berapi yang sedang meletus. Saya yang baca pun terasa keberapian kemarahan dia. Takut dalam rilex. Haha..

Anyway, sesiapa nak buat screen shot blog saya, saya tak kisah. Cuma link kan ke blog ni dan jangan mengaku itu hasil keje dia cukuplah. Bila ada orang sudi screen shot entry atau blog kita dan link kan ke blog kita, ia macam tolong promote blog kita kepada readers dia. Siapa yang untung? Kita gak kan?

Ini cuma pendapat saya dari entry yang saya baca dari blog owner tu. Bukan nak burukkan sesiapa. Cuma melontarkan pendapat saya. Kalau ada yang terguris rasa hati, maaf saya pohon.

Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka