Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, March 22, 2013

MAYEESA MENIARAP...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, usia Mayeesa lebih 2 bulan sekarang. Suatu hari yang hening di rumah saya, isteri saya di luar menyidai baju di ampaian. Kedengaran dari dalam rumah rengekan Mayeesa. Isteri saya pun berfikir,

"Tak ada orang sebelah dia, merengek la dia"

Isteri saya menghabiskan proses penyidaian pakaian dan terus ke ruang tamu untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh Mayeesa. Alangkah terkejutnya isteri saya apabila melihat Mayeesa dalam posisi hampir meniarap tapi belum meniarap sepenuhnya. Lantas isteri saya mencapai Samsung Galaxy SLnya dan menangkap gambar proses bersejarah itu.



Mayeesa sempat berehat sebentar semasa tangan kiri dia masih berada di bawah badan dia untuk mengumpul tenaga. Tak lama kemudian, Mayeesa meneruskan usaha untuk meniarap secara sendiri buat kali pertama dan akhirnya berjaya. Selepas berjaya melaksanakan misi bersejarah itu, Mayeesa cuba untuk kekal fokus tapi disebabkan masih baru dalam hal ini, Mayeesa terpaksa meminta bantuan daripada mama dia dengan cara menangis.

Proses bersejarah ini berlaku dalam pantauan seorang ibu yang terlatih. Selepas itu, Mayeesa masih mencuba untuk meniarap untuk kali kedua tapi tak berjaya. Takpe, teruskan usaha, jangan putus asa.

p/s : Saya olah seperti yang diceritakan oleh isteri saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, October 1, 2011

"BARU SAYA TAHU?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang perasan tak, harga barang asyik naik je. Tak pernah saya nampak harga barang turun. Memang ikut berita, kadar inflasi negara kita cuma lebih kurang 3% berbanding dengan negara-negara lain. Dorang kata inflasi terkawal. Kalau terkawal, kenapa asyik naik-naik-naik dan naik je? Cuma soalan yang terfikir dalam minda saya pada suatu ketika dulu.

Kemudian saya ada baca satu artikel berkenaan sejarah tentang wang kertas. Korang tahu tak wang kertas diniagakan di seluruh dunia? Kalau tiba-tiba tak ada orang nak beli wang kertas kita, apa jadi kat negara kita?

Saya nak share artikel INI dan korang disarankan untuk baca sampai habis. Baru korang akan tahu bagaimana lahirnya WANG KERTAS di dunia ni.

Kalau korang nak copy dan paste kat blog korang pun boleh. Sekurang-kurangnya ilmu ni dapat disebarkan supaya ramai orang yang tahu.

p/s : Saya simpan sikit duit saya dalam bentuk emas dan perak. Korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka