Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, February 4, 2014

UPAH SIAPKAN TUGASAN...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pelajar Universiti sekarang ini senang.  Rasa malas nak buat tugasan saja, upah orang lain siapkan.  Boleh jadi bisnes tetap lagi.  Saya dapat message di Facebook yang promosi upah untuk siapkan tugasan saya.  Saya agak terkejut juga tapi mungkin bagi orang lain, ini dah biasa.

Saya ingat zaman saya belajar di diploma dulu, setiap tugasan kena buat sendiri.  Oleh itu, pulunlah saya dan rakan-rakan saya buat supaya siap.  Itu dulu.  Mana ada perkhidmatan upah mengupah ini.  Tapi kalau pelajar tersebut upah orang lain buat tugasan dia, apa yang dia belajar sebenarnya?

Setiap tugasan yang dibuat ada sebabnya.  Melalui tugasanlah kita tahu bagaimana nak menulis laporan dan penggunaan A.P.A. style untuk citation.  Nanti dah masuk kerja, bila bos suruh buat laporan yang ada rujukan, baru nak menggelabah kata tak tahu nak buat macam mana.

Pada pendapat saya, lebih baik buat sendiri tugasan daripada upah orang lain buat.

p/s : Entri ini bukan nak mengaibkan sesiapa ye?  Saya cuma luahkan pendapat saya saja.
Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment